Wujud Salah Faham Mengenai 'Top Tether' Model Saga - Proton

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mengumumkan bahawa terdapat salah faham mengenai 'top tether' Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP) yang secara tersilap dikeluarkan daripada model Saga ketika ini yang telah menjalani ujian perlanggaran pada 2013.

Dalam satu kenyataan, Proton berkata, 'top tether' dan lebih daripada 10 komponen peningkatan keselamatan telah dipasang untuk ujian Asean NCAP pada 2013.

"Peningkatan dan pengukuhan ini secara efektif membolehkan kereta itu mendapat penarafan tiga bintang apabila ia diuji pada tahun berkenaan.

"Top tether bukan keperluan regulatori untuk pengeluar kelengkapan asal memasangnya dalam kereta mereka pada masa kereta itu diuji, katanya.

Walaupun Proton telah mematuhi peraturan keselamatan dan syarat-syarat lain  yang diperlukan di negara ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, ia telah terlepas pandang dalam mengemas kini Asean NCAP mengenai penanggalan 'top tether' daripada model Saga sekarang.

"Ketika ini, Proton menawarkan pemasangan percuma 'top tether' itu sebagai pilihan kepada pemilik Proton Saga.

"Pelanggan dinasihatkan menghubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan 1 800 888398 atau e-mel customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan atau bantuan untuk menetapkan temu janji di cawangan servis terdekat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Top Tether , Proton

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan