Shell Malaysia Kurangkan 1,300 Jawatan Dalam 2 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia akan melaksanakan langkah transformasi di bahagian huluan dengan mengambil beberapa inisiatif baru untuk terus berdaya saing termasuklah mengurangkan kira-kira 1,300 jawatan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Program transformasi itu yang diumumkan hari ini akan menumpukan kepada meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kerumitan dalam usaha menjadikan syarikat lebih tangkas dan berdaya maju.

Iain Lo

"Kami mengukuhkan organisasi kami dengan mengutamakan produktiviti dan kecekapan, tanpa menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan. Daripada proses ini, kami akan menjadi peserta yang lebih tangkas, berdaya tahan dan kompetitif dalam industri minyak dan gas Malaysia," kata Pengerusinya Iain Lo.

Shell dengan jumlah tenaga kerja kira-kira 6,500 orang, telah beroperasi lama di Malaysia akan meraikan ulang tahunnya yang ke-125 di negara ini pada tahun depan.


Lo berkata Shell berbangga dengan sumbangannya kepada industri minyak dan gas di Malaysia dan berharap untuk meneruskan kerjasama yang berpanjangan dan berjaya dengan Petronas.

Menurutnya, Shell terus yakin dengan masa depannya di Malaysia.

Ia juga merupakan syarikat eksplorasi minyak yang utama di negara ini, melabur purata AS$100 juta setahun dalam tempoh enam tahun lepas dan membuat 11 penemuan baru minyak sepanjang 24 bulan lalu.


Bagi Lo, Shell Malaysia bersedia menjadi lebih kompetitif dalam persekitaran harga minyak rendah.

"Meneruskan perniagaan seperti biasa adalah tidak mapan. Kami mengambil langkah sukar, tetapi suatu tindakan yang perlu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Shell Malaysia , Iain Lo

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan