Mat Noor Nawi Dilantik Pengerusi Exim Bank

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) pada Rabu mengumumkan pelantikan Datuk Mat Noor Nawi sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat itu berkuatkuasa pada 1 Oktober ini

Beliau menggantikan Datuk Mohd Hashim Hassan yang telah berakhir tempoh perkhidmatannya pada Rabu.

Mat Noor merupakan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan sebelum bersara wajib pada 6 Jun lalu.

Dalam masa yang sama, beliau merupakan Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), DanaInfra Nasional Berhad dan Malaysian Development Holdings Sdn. Bhd.

Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam Kerajaan sejak 1981 dan pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1983 hingga 2011 sebelum bertukar ke Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem dan Kawalan) pada 19 Oktober 2011.

Selain itu, Mat Noor juga memegang jawatan sebagai Pengarah di beberapa institusi seperti Pengurusan Aset Air Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad, Samalaju Industrial Port Sdn. Bhd., PR1MA Berhad, Pelaburan Hartanah Berhad, Kumpulan Wang Amanah Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Suruhanjaya Sekuriti, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Teraju Bumiputera Corporation, GovCo Holdings Berhad, Turus Pesawat Sdn. Bhd. dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi Sumber) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1981 dan Ijazah Sarjana Sains (Dasar Ekonomi) dari University of Illinois Urbana-Champaign, Amerika Syarikat pada tahun 1991.

Syarikat mengalu-alukan pelantikan Mat Noor sebagai Pengerusi EXIM Bank yang baharu bagi meneruskan serta membawa EXIM Bank ke fasa yang seterusnya

Tags / Kata Kunci: Exim Bank

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan