suria

Taliworks-LGB Engineering Meterai JVA Projek Kolam Air Imbangan

KUALA LUMPUR: Taliworks Corporation Bhd memeterai perjanjian usaha sama (JVA) dengan LGB Engineering Sdn Bhd (LGBE) bagi membina dan menyiapkan kolam air imbangan Hulu Langat dengan kapasiti 92 juta liter.

JV dikenali sebagai LGB Taliworks Consortium Sdn Bhd (LGBTC), iaitu Taliworks mempunyai 20 peratus pegangan saham, menerimanya daripada Pengurusan Aset Air Bhd pada 28 September 2015.

Pakej 7 cadangan pembangunan loji rawatan air Langat 2 dan sistem retikulasi air di Selangor/Kuala Lumpur bernilai RM75.87 juta dengan tempoh 27 bulan.

Sementara itu, aktiviti utama LGBE adalah kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan dengan pengkhususan tertentu dalam projek bekalan air.

JVA itu akan menggalakkan penyertaan Taliworks dengan LGBE berhubung peluang masa depan dalam pembinaan kerja-kerja kejuruteraan awam bagi projek bekalan air.

Projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada keuntungan dan pertumbuhan jangka panjang Taliworks. -- Bernama




Taliworks, LGB, Hulu Langat

Artikel Berikut

Artikel Lain