Nationwide Express Sasar Catat Keuntungan Pada Tahun Kewangan 2016

Diterbitkan: Jumaat, 11 September 2015 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nationwide Express Courier Services Bhd akan meningkatkan langkah pengurangan kos, produktiviti dan kecekapan operasi untuk kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2016.

"Syarikat merupakan pemimpin pasaran dalam menyediakan perkhidmatan kurier kepada syarikat farmaseutikal dan institusi kewangan, dan kami mahu menumpukan kepada mengukuhkan kedudukan kami," kata Pengarah Urusannya Rozilawati Basir kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, Jumaat.

Nationwide Express, merupakan perniagaan yang terdiri daripada 80 peratus perkhidmatan kurier dan 20 peratus logistik, mematuhi barangan yang sensitif kepada suhu kebanyakannya untuk industri perubatan sejajar dengan standard Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, syarikat kini mempunyai 30 trak berhawa dingin dan merancang untuk menambah bilangannya kepada 60 pada tahun depan.

Mengenai prestasi, Nationwide Express mencatatkan keuntungan sebelum cukai belum diaudit sebanyak RM10,000 pada suku pertama berakhir 30 Jun, 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM188,000 pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Perolehan rendah sedikit kepada RM23.23 juta berbanding RM23.66 juta sebelum ini.

Penurunan perolehan syarikat disebabkan permintaan rendah dalam segmen kurier.

Pada masa depan, Rozilawati berkata syarikat merancang untuk meningkatkan penyelesaian e-dagangnya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dan mempelbagaikan perkhidmatannya.

"Kami juga mahu menumpukan kepada pembangunan modal insan dalam organisasi," katanya sambil menambah syarikat mengendalikan lebih 50,000 pakej sehari dan bersedia untuk menerima lebih banyak aliran masuk pakej.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Nationwide Express , Rozilawati Basir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan