Jumlah Dagangan Malaysia Berkembang Pada Julai

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia pada Julai 2015 berkembang 4.6 peratus kepada RM124.08 bilion tahun ke tahun, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ia berkata eksport pada bulan itu tumbuh 3.5 peratus atau RM2.12 bilion kepada RM63.23 bilion berbanding Julai 2014 manakala import meningkat 5.9 peratus kepada RM60.85 bilion.

Peningkatan eksport ke China, Amerika Syarikat, Vietnam, Indonesia, Thailand, Jepun dan Kesatuan Eropah, menyokong pertumbuhan yang lebih tinggi pada bulan berkenaan, katanya.

Pada Julai 2015, jumlah dagangan dengan rakan perjanjian perdagangan bebas  (FTA) bernilai RM77.57 bilion, meningkat 4.6 peratus dengan eksport berjumlah  RM40.03 bilion dan import RM37.54 bilion.

Malaysia terus mencatat lebihan dagangan bernilai RM2.38 bilion pada Julai 2015, menjadikan lebihan dagangan bulan ke-213 berturut-turut sejak November 1997.

"Penyederhanaan lebihan dagangan sebahagian besarnya dicerminkan dalam import yang lebih tinggi untuk tujuan pengeluaran dan pelaburan yang akan menyumbang kepada eksport akan datang," kata MITI dalam Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia.

Jumlah dagangan bagi tujuh bulan pertama 2015 menyederhana kepada RM819.06 bilion.

Eksport dalam tempoh itu menguncup 2.2 peratus kepada RM231.57 bilion manakala import susut 1.4 peratus kepada RM387.49 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2014.

Sementara itu, lebihan dagangan kekal pada RM44.07 bilion.

"Penyederhanaan dalam prestasi dagangan juga dicatatkan oleh negara lain di Asia," kata MITI.

Jumlah dagangan dengan rakan FTA bernilai RM515.13 bilion, atau 62.9 peratus daripada dagangan Malaysia sepanjang Januari-Julai 2015.

Secara keseluruhannya, MITI berkata kebanyakan subsektor pengeluaran utama mencatat pertumbuhan positif pada asas tahun ke tahun.

Perlombongan dan subsektor komoditi mengurangkan eksport disebabkan harga yang secara relatifnya rendah tahun lepas.

Eksport utama pada Julai 2015 membabitkan elektrik dan peralatan elektrik bernilai RM23.1 bilion, menyumbang 36.5 peratus daripada jumlah eksport, kimia dan produk kimia (RM4.35 bilion), minyak sawit (RM4.06 bilion) dan gas asli cecair (RM3.09 bilion).

Pada asas tahunan, jumlah dagangan Malaysia dengan ASEAN kukuh pada  RM32.86 bilion dengan import yang lebih tinggi dari ASEAN sebanyak 2.6 peratus kepada RM15.51 bilion.

Eksport ke ASEAN berjumlah RM17.35 bilion, menyumbang 27.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Miti

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan