Ekstrak Bunga Sakura Hasilkan Sakurai "Jelita Tanpa Derita"

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 9:52 AM

Foto: AZMAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

PRODUK kecantikan dan wanita sememangnya sesuatu yang sukar dipisahkan kerana golongan itu sentiasa peka dengan setiap inci perubahan pada tubuh, lebih-lebih lagi di bahagian tumpuan utama, wajah.

Di pasaran tempatan, pelbagai  produk kecantikan atau penjagaan kulit yang dikatakan mampu memberi kesan termasuk melicinkan kulit, melewatkan penuaan, menghilangkan jerawat, memutihkan kulit dan sebagainya.

Persaingan dunia perniagaan produk kecantikan sememangnya sengit apabila masing-masing cuba membuktikan produk keluaran mereka lebih berkesan. |

Namun itu tidak menghalang Norras Resources Sdn Bhd untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang dikenali Sakurai Optimum Extract (SOE) kerana sedar setiap wanita yang mahu sentiasa kelihatan lebih sihat, memiliki kulit bersih tanpa sebarang masalah.

Bukan untuk bersaing dengan mana-mana produk yang lain, tetapi SOE ini dihasilkan untuk dikongsi bersama dengan wanita yang mementingkan penjagaan kulit tanpa sebarang kesan buruk kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini merupakan ekstrak tumbuhan asli, iaitu daripada bunga sakura.

Pengurus Besar Kumpulan, Faeza Md. Noh yang lebih dikenali sebagai Lady Faeizz mendedahkan bahawa SOE ini dihasilkan menggunakan ekstrak bunga sakura dengan campuran rasberi, strawberi, blueberi, resberi, dan kulit anggur.

Lady Faeizz bersama produk penjagaan kulit, Sakurai yang baharu dilancarkan 12 Jun lalu.


“Gabungan itu merupakan resepi anti oksida yang menunjukkan ia mampu membantu melawan radikal bebas seterusnya melambatkan proses penuaan memandangkan ia turut dicampur dengan dextrose monohydrate, maltodextrin, rumpai laut dan roselle sebelum diterjemahkan dalam bentuk serbuk minuman. 

“Paling penting ia bebas daripada  13 bahan kimia yang biasanya terdapat dalam makanan dan boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

“Kajian telah dibuat ke atas 40 orang wanita di Jepun dahulu dan telah terbukti penggunaan sumber dari bunga sakura menunjukkan kesan yang sangat baik kepada kulit kerana ianya bersifat anti imflamasi. 

“Menjadikan kecantikan mereka sebagai sumber inspirasi, saya bersama seorang lagi rakan kongsi mengambil peluang berkongsi kebaikan dengan menghasilkan produk ini selepas berulang alik ke Jepun untuk memilih sendiri ekstrak bunga sakura yang berkualiti, sebelum dibawa dan dikilangkan di sini.

“Saya akui bukan mudah untuk berurus niaga mendapatkan sumber ini  kerana kita sedia maklum masyarakat Jepun agak lokek untuk berkongsi rahsia mereka, namun rakan saya itu pernah belajar di sana dan tahu untuk bagaimana untuk berurusan dengan mereka,” jelasnya mengenai produk yang baharu dilancarkan pada 12 Jun lalu.

Bercerita lebih jelas mengenai produk ini, Lady Faeizz mendedahkan bahawa SOE ini bukan sahaja untuk penjagaan kulit tetapi ia mampu membantu memberi tenaga kepada pengguna.

“Saya menerima testimoni positif mengenai produk ini selepas dilancarkan yang mana salah seorang pengguna mengakui rasa lebih bertenaga ketika berada di gimnasium selepas tiga hari memakannya.

“SOE membantu menganjalkan kulit, pemutihan sekata, membantu masalah kulit, mengurangkan kesan gelap dan melembabkan kulit wanita.

“Pengambilan selama tiga bulan berturut-turut digalakkan dan selepas tiga bulan, sekurang-kurang satu sacket setiap minggu. Namun ia bergantung kepada kulit pengguna, keberkesanan SOE telah terbukti di antara tujuh hingga 14 hari awalnya,” katanya.

Tambah Lady Faeizz, SOE juga dapat menganjalkan payudara dan punggung selain menghaluskan tekstur kulit.
Sakurai dihasilkan dengan menggunakan ekstrak bunga sakura.


“Pemutihan pigmentasi, lingkaran hitam bawah mata, ketiak dan masalah rekahan kulit atau eczema juga dapat diatasi,” katanya sambil menambah produk SOE ini telah mendapat sijil halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bersesuaian dengan motto produk ini "Jelita Tanpa Derita" SOE sesuai dimakan semua wanita seawal usia 15 tahun, kecuali wanita mengandung.SOE kini sudah dijual oleh stokis-stokis terpilih di Kuala Lumpur, Kelantan, Singapura, Batam dan Selangor.

“Kami kini mencari wakil-wakil  pengedar yang berminat dari Perlis, Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan dengan menghubungi 03-42573423 atau di laman Facebook Sakurai,” tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Sakurai , produk penjagaan kulit

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan