suria

CIDB, BIFM Berganding Perkukuh Profesion Pengurusan Fasiliti

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Institut Pengurusan Fasiliti Britain (BIFM) telah bersetuju untuk bekerjasama dan meneroka peluang membangun dan memperkukuhkan profesion pengurusan fasiliti (FM) tempatan.

Ketua Eksekutif CIDB Dato' Sri Ir Dr Judin Abdul Karim dan Linda Hausmanis, Pengarah Pelajaran BIFM, telah mengadakan perjumpaan berhubung perkongsian tersebut di ibupejabat CIDB di sini, Isnin.

Kolaborasi antara CIDB dan BIFM meliputi perkongsian pengalaman dan pertukaran maklumat serta kepakaran berhubung pensijilan dan pembangunan syarikat-syarikat pengurusan fasiliti.

Ia turut termasuk perkhidmatan nasihat dan membuat cadangan berhubung skim latihan tenaga kerja yang berkebolehan serta penganjuran atau fasilitasi acara dan program untuk komunikasi dan pembelajaran.

Dr Judin berkata: Pengurusan fasiliti menekankan kepentingan pengurusan alam bina dan kemudahaan yang dilaksanakan untuk memaksimumkan tujuan dan fungsi reka bentuknya. Berdasarkan scenario semasa, majoriti kontraktor FM tidak dilatih untuk mengendalikan kerja-kerja yang diberikan kepada mereka. Akibatnya, bangunan dan instrastruktur yang disediakan tidak diurus dan diselenggara dengan baik dan ini membawa kepada kemerosotan yang cepat.

Para pelanggan dan stakeholder kini menuntut standard yang lebih tinggi dan perkhidmatan berkualiti daripada kontraktor FM. Peranan kontraktor akan kian mencabar dan signifikan, justeru ini memerlukan pembangunan kemahiran yang lebih canggih, pengetahuan dan prosedur untuk memenuhi tuntutan seiring dengan kemajuan teknologi dan kompleksiti alam bina yang moden kini.

Satu jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada, terutamanya, pelanggan dan stakeholder, telah ditubuhkan bagi memastikan pendaftaran syarikat-syarikat FM dengan CIDB termasuk mempunyai kemahiran dan standard yang relevan untuk meningkatkan perkhidmatan kontraktor FM.

CIDB Malaysia sentiasa berharap bekerjasama dengan organisasi yang terkemuka di dunia dan kami mengalu-alukan peluang kolaborasi bersama BIFM. Saya yakin perkongsian ini akan berjaya dan saling menguntungkan, selain menunjukkan komitmen kami untuk mewujudkan alam bina yang berfungsi dan membawa impak kepada orang ramai, tempat kerja dan produktiviti dalam peranan kami memacu industri pembinaan Malaysia.

"BIFM yang diitubuhkan pada 1993 dan beribu pejabat di Hertfordshire merupakan badan profesional yang bertanggungjawab mempromosikan kecemerlangan dalam pengurusan fasiliti untuk kepentingan para pengamal, ekonomi dan masyarakat.  BIFM menyediakan keahlian, kelayakan, latihan dan perkhidmatan rangkaian untuk menyokong industri tersebut. Ia mempunyai lebih 15,000 ahli dari seluruh dunia, terdiri daripada pengamal individu dan organisasi.

Mengenai CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

CIDB, BFM

Artikel Lain