Resort DoubleTree Pertama Di Malaysia Mampu Cecah Kadar Penginapan Sehingga 65 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 10:03 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Resort DoubleTree milik Hilton Worldwide yang pertama di Malaysia dijangka mencapai kadar penghunian di antara 60 hingga 65 peratus dalam tahun pertama operasinya.

Projek bernilai RM230 juta itu, terletak di Batu Ferringhi, dijangka siap menjelang akhir tahun dan akan dibuka pada awal tahun depan.

Ia merupakan usaha sama di antara Pinnacle Nexus Sdn Bhd, yang merupakan anggota kepada Cornerstone Partners dan Hilton Worldwide.

Ketua Pegawai Eksekutif Cornerstone Partners, Jason Chong berkata, kadar purata penginapan Resort DoubleTree by Hilton Pulau Pinang mampu dicapai memandangkan hotel-hotel sedia ada di kawasan pelancongan Batu Ferringhi sudah agak lama dan tidak menyediakan layanan antarabangsa empat bintang.

"Kami positif untuk mencapai kadar penghunian 60 hingga 65 peratus berikutan ketiadaan produk atau penginapan baharu yang ditawarkan di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Resort DoubleTree, projek Hilton Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini, Selasa.

Chong berkata, Pulau Pinang merupakan Resort DoubleTree by Hilton yang kedua di Asia Tenggara selepas Phuket, Thailand.

Naib Presiden pembangunan (Asia) Hilton Worldwide, Guy Philips berkata kerjasama dengan Pinnacle Nexus untuk membuka Resort DoubleTree by Hilton Pulau Pinang membuktikan komitmen hotel tersebut bagi membangunkan portfolio jenamanya di Malaysia.

Ia akan menjadi tambahan yang luar biasa kepada portfolio jenama antarabangsa tersebut yang berkembang pesat merentasi enam benua disamping melonjakkan dan menambahkan agenda pelancongan negara dalam usaha menarik lebih banyak pelancong.

Resort itu, yang pertama di Malaysia, akan menjadi hartanah Hilton yang ketiga di Malaysia, selepas DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur dan DoubleTree by Hilton Johor Baharu.

Ia terletak di bekas tapak Hydro Majestic Hotel, di mana bangunan sedia ada akan menjalani pengubahsuaian yang terperinci termasuklah kawasan awam, bilik dan suit.

Resort itu mengandungi 318 Bilik, tiga buah restoran, sebuah bar lobi, kafe, sebuah dewan besar, bilik pelbagai fungsi dan kawasan riadah.

Salah satu tarikan utamanya yang akan diperkenalkan di Malaysia ialah muzium dan galeri bertemakan anak patung beruang, Teddyville yang akan diwujudkan di perkarangan resort itu sendiri.

Pengarah Teddy Ville Capital Sdn Bhd, Tong Ch'ng turut hadir.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: Doubletree , Batu Ferringhi , Pinnacle Nexus

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan