Coway Rancang Terus Teroka Pasaran Malaysia - Niaga | mStar

Coway Rancang Terus Teroka Pasaran Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan, Coway Co Ltd, merancang untuk berkembang ke 15 kawasan baru di Malaysia pada tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif bagi Unit Perniagaan Luar Negeri Kim Yong Seong berkata rancangan pengembangan itu didorong prestasi kukuh di Malaysia, setelah  unitnya Coway (M) Sdn Bhd mencatatkan jualan sebanyak RM268 juta pada tahun lepas, meningkat 22 peratus berbanding 2013.

Kawasan baharu yang akan diterokai termasuk Temerloh, Seri Manjung, Mersing, Kuching dan Miri, katanya kepada wartawan Malaysia pada majlis pelancaran produk terkini syarikat di pusat penyelidikan dan pembangunannya di sini.

Kim berkata syarikat yakin dapat mengukuhkan perniagaan di Malaysia selepas meraih jualan lebih 10,000 unit pada April 2015, dan merancang untuk menjadikannya hab Asia Tenggara untuk kawalan berpusat.

Bagi sepanjang tahun ini, syarikat menjangka jualan sebanyak 90,000 unit bernilai RM380 juta dengan pelaburan sebanyak RM35 juta.

Coway Malaysia, dengan asas pelanggan sebanyak 210,000, mengendalikan 60 cawangan, 19 pejabat jualan, 23 Cody (Coway Lady) dan 18 pusat perkhidmatan Dream, dan mensasarkan RM800 juta dalam perolehan dan 500,000 pelanggan pada tahun 2020.

Prestasi Coway Malaysia merupakan yang terbaik dalam kalangan anak syarikat Coway di luar negara, mengatasi di China, Thailand dan Amerika Syarikat.

Coway, yang mempunyai dua kilang pengeluaran iaitu di Yugu dan Incheon di Korea, juga memberi tumpuan kepada pengekalan pelanggan, mengukuhkan produktiviti cawangan Cody dan melancarkan enam produk baru tahun ini.

Syarikat merancang untuk membangunkan anak syarikat baru di luar negara melalui usaha sama atau pelaburan sendiri di Indonesia dan Vietnam.

Tags / Kata Kunci: Coway , Malaysia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan