PUNB Sedia Pinjaman Untuk Usahawan Teknologi Hijau

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sedia memberi pinjaman kepada usahawan yang terlibat dalam bidang teknologi hijau di negara ini, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata sebagai sebuah badan melahirkan usahawan berpotensi, PUNB melihat teknologi hijau sebagai sebuah bidang yang mempunyai potensi tinggi untuk berkembang pada masa ini.

Katanya jumlah pinjaman ialah antara RM50,000 dan RM4 juta, bergantung kepada saiz projek dan bentuk perniagaan yang dijalankan.

"Sekiranya mereka menunjukkan potensi besar dan berjaya menjana keuntungan dalam tempoh setahun, mereka boleh memohon lagi pinjaman.

"Kita sedia memberi pinjaman kepada usahawan untuk mengeluarkan produk atau memproses apa-apa produk, atau memberi perkhidmatan yang melibatkan teknologi hijau," katanya.

Mohd Ali juga berkata PUNB sedia memberi pinjaman kepada usahawan yang terlibat dalam menghasilkan produk daripada bahan-bahan terbuang dan kitar semula.

Selain itu, beliau turut tertarik dengan usahawan yang mengusahakan perniagaan pengubahsuaian rumah atau bangunan kepada mesra teknologi hijau antaranya memasang panel solar atau bumbung telus cahaya.

"Mereka berpotensi untuk diberi pinjaman oleh PUNB, tetapi perlu mematuhi syarat pinjaman," katanya.

Katanya teknologi hijau memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan langkah PUNB itu diharap dapat melahirkan lebih banyak inovasi baharu dalam bidang tersebut yang seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat.

Tags / Kata Kunci: PUNB , Teknologi Hijau

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan