FTZ.My Bantu Usahawan Teroka Pasaran Dalam Talian - Niaga | mStar

FTZ.My Bantu Usahawan Teroka Pasaran Dalam Talian

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operion Ecommerce and Software Sdn Bhd melancarkan FTZ.my, laman sesawang am yang menggalakkan usahawan baharu memanfaatkan fasiliti dalam talian tanpa perlu berbelanja dari segi penubuhan laman sesawang perniagaan dan penyenggaraannya.

Syarikat perdagangan dan pemasaran Internet itu berkata FTZ.my seiring dengan pelan induk kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi membantu usahawan belajar dan menggunakan teknologi untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan.

"Ia membolehkan perniagaan baru bermula dan usahawan mikro mengakses platform dalam talian lebih mesra pengguna dan mengiklankan item atau produk dengan cekap dalam tempoh dua minit.

"Pendaftarannya percuma dan pengguna boleh mengiklankan seberapa banyak produk dengan serta-merta selepas menghantar gambar dan iklan," katanya.

Pembeli juga mudah mengakses laman sesawang ini untuk mencari produk yang diingini mengikut kategori seperti hartanah, kenderaan, barangan elektronik, pakaian dan lain-lain.

Tags / Kata Kunci: Operion Ecommerce , FTZ.my
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan