AirAsia India Tambah Tiga Destinasi Baharu Dari Pune

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: AirAsia India terus bertapak kukuh di negara ini berikutan penambahan tiga lagi destinasi baharu dari Pune yang juga bandar kedua terbesar di negeri Maharashtra, lapor Pune Mirror.

Penerbangan pertama dari Pune ke Chandigarh akan bermula 30 Nov 2014 selain penerbangan ke Jaipur dan Goa dari bandar berkenaan.

"AirAsia akan melancarkan penerbangan bagi laluan Bangalore-Pune-Goa, Bangalore-Pune-Chandigarh dan Bangalore-Pune-Jaipur mulai 30 Nov ini.

"Semua penerbangan ini akan beroperasi setiap hari," kata laporan memetik kenyataan Pengarah Lapangan Terbang Pune, Manoj Kumar Gangal.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Ejen Pelancongan Pune, Nilesh Bhansali menyifatkan penerbangan itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

Malah, kata laporan itu, destinasi pelancongan seperti Shimla-Kulu-Manali sememangnya bergantung kepada Chandigarh yang juga lapangan terbang terdekatnya.

"Selain itu, bilangan pengunjung ke Goa juga kian meningkat. Pada masa ini, hanya ada dua penerbangan ke Goa, dan menerusi penerbangan tambahan ini sudah pasti ia mendapat sambutan hebat," kata Nilesh.

AirAsia yang beroperasi di negara itu adalah hasil usaha sama AirAsia Bhd dari Malaysia, Kumpulan Tata dan Telstra Trade yang memulakan operasi penerbangan domestik di India pada 12 Jun lepas.


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Pune

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan