AirAsia X Catat Pertumbuhan 24 Peratus ASK Pada Suku Ketiga 2014

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mencatat pertumbuhan 24 peratus tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) kepada 6.36 juta pada suku ketiga 2014, meskipun kedudukan pasaran yang sangat lemah.


Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata, pertumbuhan penumpang yang lebih tinggi itu diterjemahkan berdasarkan faktor muatan melebihi 80 peratus, dan terus merangsang permintaan bagi memenuhi kapasiti baharu yang disuntik pada suku berkenaan.

Namun, kapasiti tambahan pada suku ketiga lebih rendah berbanding unjuran awal.

"Ini disebabkan lebih banyak kapasiti pesawat ditarik balik daripada perkhidmatan berjadual semasa tempoh rendah dan penugasan semula kepada sewaan khas dan pajakan di kawasan lain yang menjana margin yang positif," kata AirAsia X.

Dari segi pertumbuhan suku ke suku, ASK meningkat hanya dua peratus, daripada 6.26 juta yang direkodkan pada suku kedua 2014, terutama disumbangkan oleh pelancaran perkhidmatan baharu ke Xian, China, pada 2 Julai tahun ini.

"Suntikan pertumbuhan kapasiti yang lebih perlahan berbanding suku ketiga 2014 dan seterusnya, bertujuan membolehkan kapasiti tambahan pada 2013 matang dan berkembang maju untuk mencatat keuntungan," kata AirAsia X.

Syarikat penerbangan itu mencatat trafik penumpang yang kukuh dari segi hasil penumpang setiap kilometer kepada 5.12 juta daripada 4.22 juta, dengan 1.04 juta penumpang diterbangkan sepanjang suku ketiga 2014, berbanding 84 juta penumpang dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Segmen kargo pula menyaksikan peningkatan 21 peratus tahun ke tahun yang diangkut kepada 9,771 tan berbanding 8,079 tan pada suku yang sama tahun lepas, dengan 41 peratus faktor muatan.

Pada suku berkenaan, AirAsia X menerima sebuah pesawat A330-300 secara pajakan operasi, menjadikan 21 pesawat A330-300, dua A340-300, dan sebuah A330-200, yang akan dipulangkan menjelang akhir 2014.

Jumlah pesawat dalam kumpulan itu meningkat kepada 24 pesawat berbanding 17 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

Tags / Kata Kunci: AirAsia X , ASK , kargo

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan