Global Management One Menang Anugerah APAC DCD 2014

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perniagaan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), pada Khamis mengumumkan Global Management One mendapat anugerah Inovasi dalam Penyumberan Luar pada majlis Anugerah APAC Datacenter Dynamics (DCD) baru-baru ini.


Majlis anugerah DCD itu dilihat sebagai 'Oskar' bagi industri pusat data itu diadakan di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura pada 17 Oktober.

Pertandingan tahunan itu menjangkau kawasan geografi yang berbeza untuk mengiktiraf pemimpin dan perintis yang menaikkan tanda aras dan menetapkan tanda aras baharu untuk pusat data.

Inovasi dalam kategori anugerah Pensumberan Luar mengiktiraf kes perniagaan terbaik dalam memajukan perkhidmatan pensumberan luar melalui pemahaman tentang keperluan perniagaan pelanggan dan pembangunan perkhidmatan yang memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan.

"Kami sangat berbangga kerana diiktiraf oleh DCD dengan inovasi dalam anugerah penyumberan luar. Global Management One merupakan pemacu perubahan yang sebenarnya bagi kami dan pelanggan kami.

"Peranan CIO telah berubah dan kami sedang mempertingkatkan usaha dengan trend ini, mengubah perbualan dari 'Mari kita menambah baik infrastruktur ICT anda' kepada 'Mari kita meningkatkan perniagaan anda.' Masa kini adalah suatu masa yang sangat menarik," kata Chris Sandoval, pengurus kanan Perkhidmatan Terurus di NTT Communications.

NTT Com akan terus mengukuh dan memperluaskan infrastruktur dan perkhidmatan ICT mereka di rantau APAC dan seterusnya sebagai pasangan ideal ICT Global.

Maklumat mengenai Global Management One Portfolio perkhidmatan Global Management One meliputi keseluruhan susunan ICT, menyediakan kepada pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan fleksibel terurus yang boleh digabungkan untuk memenuhi keperluan individu.

Bertujuan untuk melengkapkan keupayaan ICT dalaman internet, Global Management One memanfaatkan kepakaran kejuruteraan dalam dan jejak global NTT Com bagi membolehkan akses kepada perkhidmatan baharu, teknologi baharu, dan pasaran baharu.

Pasukan ICT dapat memindahkan tugas pengurusan dan sebaliknya memberi tumpuan kepada inisiatif strategik yang akan mendorong pertumbuhan dan mewujudkan nilai bagi perusahaan.

Sila layari untuk mendapatkan maklumat lanjut: http://www.ntt.com/gmone/

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan mega untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan bagi ICT.

Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian VP NArcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 negara atau wilayah, dan lebih 130 pusat data yang dijamin selamat.

Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber-sumber global Syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan