MAS Janjikan Tambang Menarik Dalam Kempen "Make It Happen"

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang termasuk semua yang menarik bagi perjalanan ke destinasi domestik dan antarabangsa di bawah kempen "Make it Happen" dari 20 Okt-3 Nov, 2014.

Dalam kenyataan, Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia MAS, Datuk Muzammil Mohammad berkata tiada kos tersembunyi bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan menggunakan syarikat penerbangan negara.

Tambang tersebut merangkumi makanan, hiburan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk percuma 30kg dan satu bagasi yang dibawa bersama penumpang, tidak lebih 7kg.

Sebagai menyokong pelancongan domestik, MAS turut menawarkan tambang pergi balik termasuk semua dari RM120 dalam Semenanjung Malaysia dan serendah RM260 bagi pelanggan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Miri, Kuching atau sebaliknya.

Bagi mereka yang merancang ke luar negara, boleh mendapatkan tambang pada harga berpatutan bagi kelas ekonomi seperti RM2,700 ke Amsterdam, Frankfurt dan Paris, Hong Kong pada RM700, Seoul (RM1,550), Dubai (RM1,800) dan RM1,850 ke Tokyo.

MAS yang bekerjasama dengan Tourism Australia akan mengadakan pameran perjalanan-mini dalam mempromosikan tarikan ke Australia, dengan tawaran pakejnya, di One Utama Shopping Centre antara 22-27 Okt.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau hubungi 1-300-88-3000.

Tags / Kata Kunci: MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan