Prospek Positif Eksport Produk Berasaskan Kayu Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 5:10 PM

Pelbagai jenis jentera berat serta mesin-mesin industri dari dalam serta luar negara turut dipamerkan pada pameran Aseanwood Woodtech 2014 di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prospek untuk produk berasaskan kayu Malaysia kekal cerah memandangkan permintaan global terhadap produk terbabit adalah berterusan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, Malaysia memperoleh RM19.53 bilion daripada eksport produk berasaskan kayu pada 2013.

Produk-produk utama yang menyumbang kepada perolehan eksport ialah perabot (RM7.36 bilion), papan lapis (RM5.32 bilion), kayu gergaji (RM2.41 bilion), balak (RM1.86 bilion) dan papan gentian (RM1.02 bilion).

Teks ucapannya dibaca oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Himmat Singh pada 'Aseanwood Woodtech 2014' di sini, Khamis.

Uggah berkata, seiring dengan usaha kerajaan, industri perlu menangani pelbagai cabaran bagi memastikan daya saing dan kemampanannya dalam jangka panjang.

"Jika dibiarkan, isu kekurangan bekalan bahan mentah dan tenaga kerja berkemahiran pada masa depan boleh memberi kesan serius terhadap potensi pertumbuhan selanjutnya industri perkayuan.

"Sekarang, industri perkayuan di Malaysia mempunyai 217,000 pekerja dengan 105,000 atau 48 peratus adalah pekerja asing," katanya.

Uggah juga menarik perhatian terhadap penggunaan produk kayu yang dihasilkan menerusi inovasi kejuruteraan seperti kayu berlamina gam (glulam), kayu venir berlapis dan kayu berlamina silang (CLT).

"Malah CLT terbukti bahan kejuruteraan yang dipercayai dalam industri pembinaan di negara seperti United Kingdom, Switzerland, Austria, Sweden dan Australia.

"Saya harap Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia akan membabitkan pihak berkepentingan bagi meneroka penggunaan CLT di Malaysia dan untuk pasaran eksport memandangkan kayu balak kita berketumpatan lebih tinggi dan sesuai sebagai struktur menanggung beban," katanya.


Tags / Kata Kunci: kayu , Datuk Himmat Singh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan