Lebih Banyak Terbitan Sukuk Hab Kewangan Konvensional Diperlukan

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 7:38 PM

Khalid Howladar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasaran sukuk global perlu mendapatkan lebih banyak terbitan daripada hab kewangan konvensional seperti Jepun, Korea Selatan dan AS serta meningkatkan terbitannya dalam pelbagai mata wang, kata Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim).


Aibim dalam satu kenyataan berkata, terbitan ini diperlukan bagi memastikan pasaran sukuk global dapat mengekalkan momentum pertumbuhannya.

Sementara itu Ketua global kewangan Islam Moody's Investors Service, Khalid Howladar berkata, sebaik sahaja negara-negara ini memasuki pasaran, mereka akan mengubah sepenuhnya dinamik pasaran sukuk di masa depan.

"Hab kewangan seperti London dan Hong Kong juga tidak lagi boleh mengabaikan pasaran sukuk agar mereka tidak kehilangan perniagaan kepada negara lain, yang mana menyaksikan kerajaan UK menerbitkan sukuk 200 juta pada Jun tahun ini, terbitan sukuk berdaulat sulungnya," katanya.

Khalid berkata demikian pada Persidangan Penarafan Global yang diadakan bersempena dengan Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di sini, Khamis.

Beliau berkata, momentum sukuk berdaulat dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan negara-negara termasuk Luxembourg, Maghribi, Tunisia dan Bangladesh, turut memanfaatkan pasaran itu.

Bagi separuh pertama tahun ini, sukuk global berjumlah US$286.4 bilion, yang diterjemahkan kepada pertumbuhan 16.8 peratus berbanding tahun lepas, dengan 80 peratus terbitan adalah dari Malaysia dan Timur Tengah.

Menurut Ketua Penarafan Kewangan Berstruktur RAM Ratings Bhd, Siew Suet Ming, yang juga berucap di persidangan itu, Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran dalam terbitan sukuk, menyumbang 63 peratus, atau US$41.7 bilion, daripada bahagian pasaran global pada separuh pertama tahun ini.

GIFF dianjurkan oleh Aibim secara kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia, INCEIF, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam, dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia.

Forum itu diadakan sebagai sokongan kepada inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia. 


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan