Ras Al Khaimah Sasar Tarik 80 Syarikat M'sia

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Zon perdagangan bebas di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ras Al Khaimah (RAK), menyasarkan untuk menambah penyertaan syarikat Malaysia kepada 80 buah dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang berbanding 30 pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Peter Fort berkata bilangan syarikat Malaysia masih terlalu rendah di RAK yang setakat ini disertai kira-kira 7,500 syarikat dari lebih 100 negara.

"Banyak syarikat tempatan masih belum meneroka peluang menjadikan zon ini sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika, namun keadaan ini akan berubah kerana pihak berkuasa RAK sedang mempertingkat usaha pemasaran di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di seminar 'Zon Perdagangan Bebas RAK: Pintu Masuk ke Pasaran UAE dan Timur Tengah' di sini, Selasa.

Pihak berkuasa RAK mengalih tumpuannya ke Asia, Amerika Syarikat dan Amerika Selatan sejak 12 hingga 18 bulan lepas, dari sasaran awal di Timur Tengah dan Eropah, katanya.

"Kami kini memasarkan RAK secara proaktif di pasaran baharu seperti China, Korea Selatan dan Malaysia," kata Fort yang turut berkongsi bahawa sektor penjagaan kesihatan, pengeluaran makanan, serta perkhidmatan dan perkilangan, antara yang boleh diteroka oleh syarikat tempatan.

"Antara nama besar yang bertapak di RAK ialah Eversendai Corp Bhd (kontraktor janakuasa dan struktur keluli siap bina); Shin Yang Shipping Corp Bhd (syarikat perkapalan); and Power Root Marketing Sdn Bhd (pengeluar minuman tenaga)," katanya.

Fort berkata RAK menarik 3,000 syarikat tahun lepas menjadikan jumlah keseluruhan 7,500 syarikat.

Zon perdagangan bebas itu menjangka angka tersebut terus meningkat melebihi 8,000 syarikat tahun ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: Ras Al Khaimah , UAE

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan