Ketengah Peruntuk RM4 Juta Untuk Hotel RTC Bukit Besi

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan RM4 juta untuk kos menaik taraf rumah tamu miliknya di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini yang kini dikenali sebagai Hotel Pusat Transformasi Luar Bandar (Hotel RTC).

Pengurus Besarnya, Wan Mat Amin Wan Daud berkata ia sebagai kemudahan penginapan terbaharu di kawasan penempatan itu bagi merancakkan lagi sektor ekonomi, pelancongan dan sebagai hab pendidikan di kawasan tersebut.

"Sebelum ini, orang ramai terpaksa bermalam di Dungun atau Kemaman jika mempunyai urusan di sini, namun dengan wujudnya Hotel RTC ini, diharap ia dijadikan pilihan utama untuk penginapan bagi pengunjung luar.

"Dengan kadar bayaran hanya RM100 satu malam, ia adalah sangat berbaloi seiring kemudahan yang diterima pengunjung," katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Ketengah di sini, Ahad.

Ketengah yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diperbadankan pada 12 April 1973 dan bertanggungjawab untuk meksanakan program pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Hotel itu yang mula beroperasi sejak sebulan lalu menjadi pilihan utama kepada pengunjung kerana ia terletak berhampiran beberapa pusat pendidikan termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bukit Besi.

Wan Mat Amin berkata Ketengah menambah 26 buah bilik baharu sebagai tambahan kepada empat bilik sedia ada menjadikan jumlah keseluruhannya 30 bilik.

"Dengan kemudahan asas sama seperti hotel yang lain, penginapan di Hotel RTC pastinya menjanjikan stau pengalaman yang sangat memuaskan untuk pengunjung," katanya.


Tags / Kata Kunci: Ketengah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan