Malaysia Sumbang RM2.9 Bilion Kepada Jualan Bosch 2013

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyumbang RM2.9 bilion (698 juta Euro) dalam jualan bersih Bosch dan RM485 juta (116 juta Euro) gabungan jualan kepada pihak ketiga bagi rantau ini tahun lepas.

Robert Bosch Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pertumbuhan syarikat itu di rantau Asia Pasifik akan terus dipacu oleh Malaysia berdasarkan hasil yang menggalakkan pada suku pertama 2014.

"Jualan di pasaran tempatan juga dijangka meningkat sewajarnya pada 2014," katanya pada Rabu.

Pertumbuhan Bosch Malaysia juga dicerminkan melalui peningkatan tenaga kerja sebanyak kira-kira tiga peratus kepada hampir 2,100 pada 2013.

Ini mungkin akan meningkat lagi tahun ini.

Perkongsian perniagaan di Malaysia membentuk lebih 45 peratus daripada keseluruhan petugas di Asia Tenggara, selain mempunyai jumlah rakan perniagaan yang paling besar untuk satu entiti tempatan di rantau ini.

Dua kilang pembuatan Bosch di Pulau Pinang terlibat dalam pembangunan dan pembuatan perkakasan multimedia kereta dan peralatan kuasa untuk pasaran tempatan serta antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Bosch , Malaysia , Asia Pasifik

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan