suria

CIMB-Principal Menang Anugerah Syarikat Pengurusan Aset Terbaik 2014

KUALA LUMPUR: CIMB-Principal Asset Management (CIMB-Principal) memenangi anugerah Syarikat Pengurusan Aset Terbaik Tahun Ini pada 'Anugerah Pengurusan Dana dan Pelabur Triple A The Asset 2014' baru-baru ini.

Dalam kenyataan, CIMB-Principal berkata anugerah itu mengiktiraf syarikat pengurusan aset terbaik negara dengan platform pelaburan yang komprehensif dalam kelas aset yang berlainan, selain memenuhi keperluan pelanggan institusi, korporat dan runcit dengan cemerlang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Munirah Khairuddin berkata, anugerah itu mencerminkan usaha keras dan dedikasi seluruh pasukan CIMB-Principal dan menegaskan strategi syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai satu daripada syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia dan berkembang di Asean.

Sementara itu, CIMB-Principal meraih anugerah Pengurus Aset Terbaik di Asia Tenggara pada Anugerah Institusi Kewangan Terbaik Asia Tenggara Alpha Tahunan Ke-8 untuk lima tahun berturut-turut.

Sementara itu, Munirah turut terpilih sebagai satu daripada penerima anugerah "25 Wanita Terunggul Pengurusan Aset" oleh majalah AsianInvestor.

CIMB-Principal ketika ini menguruskan 57 dana di Malaysia dengan jumlah aset RM46.58 bilion di bawah pengurusan sehingga 30 Jun, 2014. 


Artikel Sebelum

Artikel Lain