Unit Pengurusan Aset CIMB Thai Catat Pertumbuhan Kukuh, Untung Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Unit pengurusan aset CIMB Group di Thailand diunjur mencatat keuntungan tahun depan dan menjadi 10 syarikat pengurusan aset terkemuka di Thailand dalam tempoh 12 bulan.

Syarikat itu memperoleh rangsangan besar untuk mencapai sasaran itu berikutan pengambilalihan Finansa Asset Management Limited (FAM) membabitkan 225 juta baht oleh CIMB-Principal Asset Management Company Limited Thailand (CPAMCL).

CPAMCL ialah anak syarikat milik penuh CIMB-Principal Asset Management Bhd, dengan 60 peratus kepentingannya milik CIMB Group dan 40 peratus lagi oleh Principal Financial Group.

CPAMCL kini merupakan syarikat pengurusan aset ke-12 terbesar di Thailand dan menyasarkan pertumbuhan sebanyak 50 peratus aset dalam pengurusan (AUM) berbanding pertumbuhan purata industri sebanyak 20 peratus.

Sehingga Jun 2014, jumlah AUM CPAMCL sebanyak 34.05 bilion baht atau 36 peratus pertumbuhan tahun ke tahun daripada tahun sebelumnya.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, pengambilalihan itu meningkatkan AUM CPAMCL kepada 70.35 bilion baht.

"Pertumbuhan ketara akan meningkatkan jumlah AUM dana simpanan perniagaan kepada 25.54 bilion baht (tempat kelapan dalam industri), manakala jumlah AUM dana bersama akan meningkat kepada 44.13 bilion baht (nombor 11 dalam industri).

"Ini akan meningkatkan daya saing CPAMCL di Thailand dalam perniagaan yang bergantung kepada skala ekonomi selain mengesahkan minat Kumpulan CIMB di Thailand," kata Nazir pada sidang media, Rabu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CPAMCL, Jumpon Saimala berkata, masih ada peluang besar untuk membangunkan perniagaan di Thailand, terutama dalam kumpulan wang simpanan memandangkan hanya 2.7 juta daripada 40 juta orang yang bekerja di negara itu yang mempunyai kumpulan wang simpanan.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan selesai sebelum akhir tahun ini dan Sasaran CPAMCL adalah untuk menjadi antara 10 syarikat pengurusan aset terkemuka di Thailand.

CPAMCL menjangkakan kesan positif hasil penggabungan ini, terutama dari segi kos, sinergi dan skala ekonomi, akan dapat dilihat pada tahun depan.

"Integrasi kedua-dua platform perniagaan dengan memanfaatkan CIMB-Principal Asset Management dalam perniagaan dana runcit bersama dan serta kedudukan kukuh FAM dalam portfolio perniagaan kumpulan wang simpanan dan sistem pendaftar, akan memperkukuh dan meningkatkan keupayaan kami untuk menawarkan produk terbaik secara menyeluruh kepada pelanggan runcit dan institusi di Thailand," kata Jumpon.


Tags / Kata Kunci: CIMB Group , Thailand

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan