Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Import minyak sayuran India, minyak makan termasuk minyak sawit dan bukan makan, turun empat peratus kepada 883,679 tan metrik pada Jun 2014 daripada 947,591 tan metrik pada Jun tahun lepas, kata Persatuan Pengeluar Solven India (SEA).

Jumlah import bulan lepas terdiri daripada 860,736 tan metrik minyak makan dan 22,943 tan metrik minyak bukan makan.

"Import keseluruhan minyak sayuran bagi tempoh November 2013 hingga Jun 2014 dilaporkan sebanyak 7,082,220 tan metrik berbanding 7,145,060 tan metrik," kata SEA dalam kenyataan pada Selasa.

Bagi tempoh lapan bulan lepas, import minyak bertapis dicatatkan lebih rendah pada 1,079,711 tan metrik daripada 1,544,254 tan metrik bagi tempoh sama tahun lepas.

Import minyak mentah, bagaimanapun, meningkat kepada 5,876,121 tan metrik berbanding 5,397,666 tan metrik bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh sama, import minyak sawit susut kepada 4,931,095 tan metrik daripada 5,753,688 tan metrik berikutan perbezaan dalam pemprosesan.

Bagaimanapun, bagi merapatkan jurang bekalan, import minyak lembut hampir dua kali ganda kepada 2,024,737 tan metrik daripada 1,188,232 tan metrik bagi tempoh sama tahun lepas.

"Syarikat penapisan India lebih gemar mengimport minyak lembut mentah berbanding minyak sawit mentah (MSM) di India, yang mencerminkan pola import dalam beberapa bulan lepas," menurut persatuan itu.

Simpanan minyak makan semasa pada 1 Julai 2014 di pelbagai pelabuhan dianggarkan berjumlah 525,000 tan metrik, dan daripada jumlah ini MSM berjumlah 260,000 tan metrik, minyak bertapis 60,000 tan metrik, minyak kacang soya dinyahgam 65,000 tan metrik dan minyak bunga matahari mentah 140,000 tan metrik.

Kira-kira 960,000 tan metrik sedang dalam proses penghantaran. Jumlah simpanan di pelabuhan dan dalam proses penghantaran meningkat kepada 1,485,000 tan metrik pada Jun 2014 daripada 1,420,000 tan metrik pada bulan sebelumnya. 


Tags / Kata Kunci: Malaysia , India

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan