Dutch Lady Milk Industries Dinobat Pengiklan Terbaik

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 9:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mindshare Malaysia meraih hadiah utama pada Anugerah Media Malaysia (MMA) 2014 anjuran Media Specialist Association (MSA) di sini, malam Khamis.


Universal McCann pula diumumkan sebagai agensi terbaik, manakala Dutch Lady Milk Industries dipilih sebagai pengiklan terbaik anugerah itu.

Presiden MSA Girish Menon dalam ucapannya berkata, 2013 menyaksikan pendigitalan dan pertumbuhan media yang berterusan dalam media tradisional, termasuk beberapa penggerak televisyen, akhbar dan radio melaporkan pertumbuhan dua angka.

"Seperti tahun-tahun lepas, kita menyaksikan saluran media tradisional berkembang dan mengambil alih keupayaan baharu seperti radio dalam talian, skrin luaran yang beralih kepada digital, majalah yang diolah semula untuk disesuaikan dengan tablet dan iklan televisyen yang disiarkan melalui media sosial.

"Sementara itu, platform media yang berbeza digabungkan untuk menghasilkan kempen yang dapat dikenang dan berkesan. Ini menunjukkan semua bentuk media boleh wujud bersama dan apabila digunakan secara bersepadu, boleh membantu jenama saling berhubung dan terlibat dengan pelanggan," kata beliau.

MMA diiktiraf sebagai satu daripada anugerah industri pengiklanan paling signifikan kerana peranannya meningkatkan standard inovasi media dalam industri berkenaan.

MMA 2014 menyaksikan 12 kategori dan dua anugerah khas dipertandingkan dalam agensi-agensi dalam industri media. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan