Malaysia Ada Kelebihan Tarik Pelabur Hong Kong - Mustapa - Niaga | mStar

Malaysia Ada Kelebihan Tarik Pelabur Hong Kong - Mustapa

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik, tadbir urus dan ketelusan serta infrastruktur bertaraf dunia yang dimiliki Malaysia merupakan antara faktor pelabur Hong Kong perlu melabur di negara ini, dan menjadikannya sebagai gerbang ke Asean.

"Kami berharap kedua-dua pihak akan meningkatkan hubungan memandangkan kedua-duanya mempunyai daya saing berbeza," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, Hong Kong berjaya dalam bidang seperti antirasuah dan kewangan Islam, manakala Malaysia berada di barisan hadapan dalam infrastruktur menerusi pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terminal tambang rendah terbesar dunia yang baharu, KLIA2.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Forum Kerjasama Serantau Hong Kong-Asean, di sini, Khamis.

Mustapa berkata, Malaysia akan terus meningkatkan usahanya untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan asing seperti dari Hong Kong.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia Tan Sri Dr Michael Yeoh, berkata, Hong Kong perlu meneroka potensi Asean memandangkan kira-kira 80 peratus daripada sasaran yang ditetapkan dalam Majlis Ekonomi Asean (AEC), sudah tercapai.

AEC yang dijangka terbentuk menjelang akhir 2015, akan membantu mengubah Asean menjadi pasaran tunggal bagi 600 juta penduduk selain sebagai tapak pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan dan tenaga kerja mahir.

"Asean menawarkan banyak peluang dalam sektor seperti minyak dan gas, pembuatan dengan kos yang rendah, pertanian dan komoditi, serta, hotel dan pembangunan hartanah," kata Yeoh, anggota panel pada forum itu.

Sebaliknya, Hong Kong boleh membantu syarikat Asean untuk menjalankan perniagaan di bandar pelabuhan itu, selari dengan status sebagai pusat kewangan terkemuka, katanya.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan