Unjuran Sistem Perbankan Malaysia Kekal Stabil - Moody's

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 2:31 PM

Sistem perbankan Malaysia dijangka kekal stabil.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Moody's Investors Service berkata, unjuran ke atas sistem perbankan Malaysia kekal stabil.

Ini mencerminkan jangkaan Moody's terhadap persekitaran operasi yang stabil yang membolehkan bank mengekalkan kualiti aset yang berdaya tahan selain tahap permodalan dan profil pembiayaan yang kukuh.

Agensi penarafan itu menjangkakan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam melaksanakan pembaharuan dan penyepaduan fiskal, dapat menyederhanakan kadar pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Ia juga menjangkakan inflasi akan meningkat sedikit, berikutan subsidi ke atas bahan api, elektrik dan gula, dimansuhkan secara berperingkat.

Moody's berkata, unjurannya bagi keluaran dalam negeri kasar (KDNK) pada 2014 tumbuh lima peratus, berikutan penggunaan domestik dan pelaburan kekal mantap dan eksport meningkat sejajar pemulihan berterusan ekonomi maju.

"Dalam konteks ini, kadar pertumbuhan ekonomi yang secara relatifnya tinggi akan menyokong kualiti aset bank serta pertumbuhan kredit, yang kami jangkakan rendah sedikit daripada 11 peratus yang direkodkan pada 2013," kata Moody's.

Rumusan Moody's ini terkandung dalam laporan 'Tinjauan Sistem Perbankan Malaysia' yang baru dikeluarkan.

Moody's pada 15 Mei, 2013 menetapkan prospek stabil.

Ia menjangkakan kadar faedah meningkat sederhana dan beransur tinggi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa perbankan Islam merupakan tumpuan utama pertumbuhan perniagaan domestik bank-bank Malaysia.

Semua bank mempunyai anak syarikat perbankan Islam, yang aset masing-masing tumbuh mengatasi aset perbankan konvensional syarikat induk.

Sehingga Mac 2014, pembiayaan bank Islam menyumbang 24 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan, dan negara ini mahu memperluas bahagian pembiayaan Islam daripada jumlah pembiayaan domestik kepada 40 peratus menjelang 2020.

Moody's membuat penarafan ke atas 11 bank di Malaysia. Lapan daripadanya membabitkan bank perdagangan konvensional, sebuah bank pelaburan, sebuah bank Islam dan sebuah institusi kewangan pembangunan milik kerajaan.

Bank yang diberikan penarafan menyumbang 73 peratus kepada aset sistem perbankan Malaysia sehingga akhir 2013.

Purata penilaian kredit bersendirian (aset berwajaran) bank-bank konvensional di Malaysia ialah baa1.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan