Naza Italia Sasar Pertumbuhan 100 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Maserati di Malaysia, merancang memperoleh pertumbuhan jualan 100 peratus tahun ini.

Pengurus Besarnya, Wan Ahmad Wan Abas, berkata sasaran itu berdasarkan jualan terkini suku pertama 2014 yang tumbuh 80 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Dengan pelancaran Maserati Ghibli baharu dan pengembangan kehadiran Maserati akhir tahun ini di Pulau Pinang dan Johor Baharu, kami percaya sasaran itu boleh dicapai," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Maserati Ghibli, di sini Jumaat.

Wan Ahmad berkata, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) tahun depan tidak akan mempunyai kesan besar kepada operasi Naza Italia.

"Kami bersedia menghadapinya dan kami menjangka harga kenderaan tidak akan banyak berubah apabila CBP dikuatkuasa," katanya.

Pengurus Produk Pasaran Asing Am Maserati, Robert Jahnke berkata, Maserati merancang menghasilkan 50,000 kenderaan setahun menjelang 2015 untuk pasaran di seluruh dunia.

"Dengan Ghibli, sedan eksekutif sport empat pintu, Maserati memasuki segmen E dengan menggabungkan reka bentuk dengan kualiti pemanduan terbaik dan prestasi hebat.

"Ghibli adalah model kedua selepas Quattroporte, dihasil berdasarkan standard penanda aras baharu dalam fasiliti pengeluaran tercanggih di Grugliasco, berhampiran Turin, Itali," katanya.

Kedua-dua versi menggunakan petrol, Ghibli dan Ghibli S, dilengkapi enjin V6 3.0 liter berkuasa turbo kembar generasi baharu dan lapan kelajuan ZF transmisi automatik.

Ghibli dan Ghibli S baharu boleh diperolehi masing-masing dengan harga daripada RM538,800 dan RM628,800, termasuk pakej servis tiga tahun atau 60,000 kilometer.

Harga berkenaan termasuk duti dan cukai tempatan. 


Tags / Kata Kunci: Naza , Naza Italia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan