Saham Poh Kong Tidak Berubah Walaupun Unjuran Kewangan Rendah - Niaga | mStar

Saham Poh Kong Tidak Berubah Walaupun Unjuran Kewangan Rendah

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saham Poh Kong Holdings Bhd stabil di Bursa Malaysia walaupun keputusan tahun kewangan semasa syarikat itu dijangkakan rendah.

Pada 10.09 pagi, saham syarikat barang kemas bersepadu setempat itu, tidak berubah pada 47.5 sen, dengan 112,000 lot bertukar tangan.

Poh Kong dijangka mencatat keuntungan bersih dan perolehan yang lebih rendah bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Julai, 2014 apabila pertumbuhan jualan muram selepas tempoh 'rebutan emas' pada tahun kewangan 2013.

Namun, jika harga kekal pada paras semasa, prestasi syarikat itu pada separuh kedua tahun ini mungkin mencatat keputusan yang lebih baik, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Eddie Choon.

Tags / Kata Kunci: Poh Kong Holdings Bhd , Eddie Choon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan