TM Berhasrat Tingkatkan Kesedaran ICT Dikalangan PKS

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memacu perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

Naib Presiden Eksekutif TM Azizi A Hadi (gambar) berkata PKS menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara dan dijangka menyumbang 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang 2020.

Pada masa sekarang, hanya kira-kira satu pertiga daripada PKS menggunakan ICT dalam perniagaan mereka, katanya kepada pemberita selepas permulaan siri "SME Bizfest 2014" di sini, Khamis.

Beliau berkata TM mengakui cabaran utama yang dihadapi oleh PKS ialah pemasaran, komunikasi, penyelesaian dalam pejabat dan pengalaman pelanggan.

"Siri Bizfest direka untuk meningkatkan pengetahuan ICT PKS melalui pameran yang lebih sinergi dan ceramah oleh tokoh-tokoh terkenal," katanya.

Tajuk yang dibincangkan termasuk motivasi, ICT dan perniagaan, bantuan kewangan dan kisah-kisah kejayaan e-dagang dengan penceramah seperti Pengarah Eksekutif Securiforce Datuk Maznah Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif The Naked Group of Companies Marco Robinson dan Presiden Institut Cukai Berkanun Malaysia S.M Thaneermalai.

Azizi berkata siri Bizfest yang kini masuk tahun ketiga, adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat dan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway, di sini, Johor Baharu, Pulau Pinang dan Kuching dan seramai 5,000 orang dijangka hadir.

PKS menyumbangkan kira-kira 20 peratus kepada hasil TM dan sebanyak 516,000 PKS telah pun melanggani perkhidmatan TM, katanya.



Tags / Kata Kunci: TM , PKS , Telekom Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan