Eksport Getah Asli Naik 21 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Eksport getah asli pada Februari meningkat 12,945 tan metrik atau 21 peratus kepada 74,452 tan metrik berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan pada Jumaat.

Perbandingan bulan ke bulan, jumlah eksport getah asli meningkat sebanyak 4,034 tan metrik (+5.7 peratus) dari Januari 2014.

Getah Mutu Malaysia (GMM) menyumbang 94.9 peratus daripada keseluruhan eksport, dengan 57.4 peratus daripadanya adalah SMR 20, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Sebahagian besar eksport getah asli ialah ke China (56.3 peratus), diikuti Jerman (13.1 peratus), Amerika Syarikat (3.8 peratus), Brazil (2.5 peratus), Iran (2.1 peratus), Korea Selatan (2.1 peratus), Portugal (2.0 peratus) dan Peranchis (1.6 peratus).

Import tahun ke tahun turun 12,303 tan metrik atau 16.3 peratus manakala bulan ke bulan, ia jatuh 43,117 tan metrik atau 40.5 peratus.

Pengeluaran getah asli pada Februari berjumlah 73,180 tan metrik, menurun 3.7 peratus tahun ke tahun, dengan sektor pekebun kecil menyumbang 92.7 peratus, manakala sektor estet sebanyak 7.3 peratus.

Negeri Sembilan mengeluarkan getah asli tertinggi di estet, menyumbang 21.5 peratus, diikuti Kedah (17.0 peratus) dan Pahang (14.6 peratus), kata jabatan itu.

Penggunaan domestik getah asli bagi Februari sebanyak 33,969 tan metrik, naik 382 tan metrik atau satu peratus tahun ke tahun, dengan industri sarung tangan merupakan industri pengguna tertinggi pada 70.8 peratus, diikuti benang getah (8.0 peratus) serta tayar dan tiub (7.2 peratus). 


Tags / Kata Kunci: Getah , GMM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan