Volkswagen Jetta Dipasang Dalam Negara Akan Diperkenalkan

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd dijangka memperkenal Volkswagen "Jetta", yang dipasang dalam negara dalam tempoh kurang dari sebulan, kata Pengarah Urusannya Christoph Aringer.

"Menerusi pengenalan model tempatan, unit komponen terurai "Jetta" akan menyertai Passat dan Polo sedan dan hatchback. Model itu siap dibina dengan varian 1.4 turbo pada harga RM151,888.

"Model tempatan itu akan menjadi varian keempat Volkswagen yang dipasang di kilang DRB-HICOM di Pekan, Pahang," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan Volkswagen Beetle 2.0 kepada pemenang utama pertandingan "Win an iconic Volkswagen Beetle" di sini Rabu.

Pertandingan itu yang diadakan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi 2013 pada November lepas, merupakan usaha sama antara Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Volkswagen Malaysia.

Terdahulu, bercakap pada acara penyampaian hadiah itu, Aringer berkata Volkswagen berbesar hati menyertai pameran motor terbesar Malaysia dan bekerjasama dengan Maybank.

"Model Beetle ialah definisi sebenar suatu ikon, memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat sejak 1930-an, dan masih terus dikenali di seluruh dunia hari ini," katanya.

Model Beetle 2.0 diimport ke Malaysia pada November 2012.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan