PUNB Sasar Perluas Pembiayaan Di Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 6:45 PM

ALI RUSTAM

Mohd Ali Rustam.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa lebih ramai usahawan Bumiputera di Sarawak memohon pembiayaan daripada agensi itu bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan. 
 
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, setakat ini hanya 34 syarikat usahawan Bumiputera Sarawak membuat pinjaman daripada PUNB berjumlah RM34.6 juta.

"Kita dapati penyertaan Bumiputera di Sarawak masih rendah berbanding keseluruhan lima ribu syarikat Bumiputera dan 7,500 usahawan yang bernaung di bawah PUNB dan RM1.8 bilion pinjaman yang telah dikeluarkan setakat ini.

"Jadi, tahun ini harap dapat menarik sekurang-kurangnya 30 lagi usahawan Bumiputera dari Sarawak untuk mendapatkan dana PUNB dengan anggaran nilai pinjaman RM10 juta," katanya pada sidang media selepas sesi penerangan bersama usahawan PUNB Sarawak di sini, Selasa.

Pada masa ini, dana pembiayaan PUNB disalurkan menerusi empat skim iaitu Skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper), Skim Pemborong Prosper, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Skim Prosper Siswazah, dengan tawaran pembiayaan daripada RM5,000 hingga RM5 juta.

Mohd Ali berkata di Sarawak, majoriti pinjaman membabitkan skim PKS (RM28.69), Runcit (RM4.7 juta), Skim Pemborong Prosper (RM1.1 juta) dan Skim Prosper Siswazah (RM140 ribu).

Katanya, masih banyak potensi perniagaan yang boleh diteroka oleh usahawan Bumiputera di Sarawak, termasuk sektor peruncitan, pasar raya, alat ganti, bengkel, perkakasan dan pembinaan, barangan elektrik serta stesen minyak termasuk Stesen Minyak Luar Bandar Buraqoil.

Beliau berkata, bagi mempercepat penglibatan usahawan Bumiputera di negeri ini, PUNB akan membuka pejabat di bangunan TopSpot, Kuching tidak lama lagi bagi memudahkan interaksi dengan golongan usahawan Bumiputera tempatan.

Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan), Datuk Mohd Noroden Majais berharap lebih ramai usahawan Bumiputera merebut peluang pinjaman yang ditawarkan PUNB untuk memperkasa ekonomi mereka. 

Ini katanya, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai Bumiputera memiliki ekuiti dalam apa juga pelaburan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat atau negeri.

Katanya, daripada keseluruhan 2.8 juta rakyat Sarawak, hanya kira-kira 95,000 yang terlibat dalam sektor keusahawanan, dan daripada jumlah itu, 80 peratus membabitkan usahawan PKS dalam kategori mikro.

Tags / Kata Kunci: PUNB , Ali Mohd Rustam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan