suria

#JomSapot BeliLokal 2.0 diiktiraf! SMG, RHB julang trofi perak Anugerah Media Digital Wan-Ifra Asia 2024

(enam, kiri), Sharon, Elicia, Abdul Sani, Lydia dan Chan Seng Fatt bersama pasukan dari SMG dan RHB, di Anugerah Media Digital Wan-Ifra Asia 2024.

KUMPULAN Media Star (SMG) dan RHB Banking Group diumumkan sebagai pemenang perak dalam Anugerah Media Digital Wan-Ifra Asia 2024 untuk projek kerjasama pemasaran #JomSapot BeliLokal 2.0.

Pengiktirafan tersebut di bawah kategori anugerah ‘Penggunaan AI dalam Strategi Hasil Terbaik’.

#JomSapot BeliLokal 2.0 merupakan gabungan usaha #JomSapot RHB dan inisiatif BeliLokal SMG.

Ia merupakan inisiatif pemasaran bersepadu pertama seumpamanya yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) generatif dan sokongan selebriti untuk mempercepat pemulihan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan selepas pandemik.

Kempen itu menawarkan video promosi percuma menggunakan teknologi AI kepada PKS dengan menampilkan watak avatar digital selebriti tempatan, Sazzy Falak.

Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan menerusi pelbagai platform media SMG, teknologi pemasaran geo mudah alih dan sokongan untuk perjalanan pendigitalan perniagaan mereka.

Pada masa sama, RHB juga menggalakkan pemegang kad mereka untuk menunjukkan sokongan dengan membeli barangan daripada peniaga yang mengambil bahagian, dengan memberi ganjaran pulangan tunai dan diskaun.

ARTIKEL BERKAITAN: #JomSapot BeliLokal 2.0 dipacu teknologi AI, terus perkasa PKS

ARTIKEL BERKAITAN: Promosi jenama PKS anda! Siap ada video iklan percuma dengan wajah Sazzy Falak... Bisnes makin kukuh, jualan meningkat

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Perbankan RHB, Abdul Sani Abdul Murad berkata, mereka gembira dengan kejayaan luar biasa kerjasama bersama SMG dalam kempen #JomSapot BeliLokal.

Sokongan Sazzy Falak dan penggunaan teknologi GenAI juga benar-benar terbukti kerana PKS diberikan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk mengiklankan dan mempromosikan jenama mereka oleh selebriti popular tanpa dikenakan sebarang kos.

“Kempen ini menunjukkan lagi sinergi yang kuat antara inovasi GenAI, sokongan selebriti, dan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi sebagai bank untuk menyokong perniagaan tempatan dalam pertumbuhan dan daya tahan yang mapan.

“Kami berharap untuk meneruskan perkongsian ini, sambil kami meningkatkan dan memperkasakan PKS di seluruh rantau ini,” katanya.

WAN-IFRA Digital Media Awards (Asia) 2024 (VIPs / Personalities Lydia Wang, CBO + Abdul Sani Abdul Murad, GCMO, RHB Bank Berhad). — AZLINA ABDULLAH/The Star

Lydia (tengah) bersama Elicia (dua, kiri) dan Abdul Sani (dua, kanan) menerima trofi anugerah perak bagi kategori anugerah ‘Penggunaan AI dalam Strategi Hasil Terbaik’.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan SMG, Lydia Wang berkata, sebagai salah satu kumpulan media yang terkemuka dan inovatif, SMG sentiasa menawarkan pelanggannya produk dan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya, di samping komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan pelanggan.

“Etos organisasi kami menekankan dedikasi kami untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan kami dengan menerima inovasi dan teknologi untuk memacu daya tahan dan pertumbuhan perniagaan.

“Dengan jumlah pembaca sebanyak 24 juta di seluruh negara, SMG berada pada kedudukan yang baik untuk membantu PKS tempatan yang sedang bergelut dengan menyediakan platform pemasaran yang tepat kepada mereka untuk mempromosikan jenama mereka dengan berkesan pada kos sifar,” katanya.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt dan Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Jenama Pelanggan SMG, Sharon Lee.

Kempen #JomSapot BeliLokal 2.0 dilancarkan pada Mei 2023 untuk menawarkan PKS yang terjejas menerusi sokongan komunikasi pemasaran dan perniagaan yang amat diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan pasca pandemik.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan hubungan dalam landskap perniagaan Malaysia.

Kempen itu sejak itu telah mendapat penglibatan dengan lebih 220,000 pemilik perniagaan PKS di seluruh negara.

Kempen video AI generatif yang diperibadikan menjangkau lebih 1.4 juta rakyat Malaysia, ddi samping mengumpul lebih 6.8 juta tera.

Pengurus Besar Kanan SMG, Elicia Wee menekankan kepentingan kemenangan tersebut sebagai bukti keupayaan luar biasa SMG Brand Studio, cabang kreatif kumpulan itu, dalam menyampaikan kempen pemasaran bersepadu termaju berskala besar untuk pelanggan.

“SMG Brand Studio secara konsisten mendahului dalam menyediakan penyelesaian pemasaran yang inovatif, didorong oleh cerapan data dan kreativiti yang mantap.

“Ini diperkukuh lagi oleh penggunaan strategik platform media berpengaruh untuk meningkatkan jangkauan dan pengaruh kami.

"Komitmen kami terhadap kecemerlangan memastikan setiap kempen disesuaikan dengan teliti untuk memacu hasil yang nyata dan boleh diukur, mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri dalam menyampaikan pengalaman jenama yang berkesan,” katanya lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari www.rhbjomsapot.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain