Tunai Ibadah Haji Tanpa Cermin Mata Dan Kanta Lekap

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 11:27 AM

Setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan Lasik atau ReLex Smile perlu menjalani pemeriksaan mata secara terperinci terlebih dahulu. -Foto NORAFIFI EHSAN/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

MATA merupakan aset paling berharga bagi setiap insan. Ia bukan sahaja penting untuk melihat keindahan ciptaan Illahi, malah mata yang sihat juga memudahkan kita untuk melakukan kerja seharian.

Teknik rawatan mata di Malaysia turut berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Jika dilihat pada waktu duhulu, LASIK sering menjadi pilihan bagi mereka yang menghadapi masalah rabun jauh, rabun dekat serta silau.

Kini, kemajuan teknologi memberikan teknik yang pantas dan cepat serta berkesan yang boleh digunakan iaitu ReLex-SMILE® (Refractive Lenticule Extraction) (SMall Incision Lenticule Extraction).

Mesin berteknologi tinggi digunakan di Pusat Mata Prof Muhaya

Menurut Pengarah Urusan Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya, Addaem Chandran penggunaan teknik ReLex-SMILE® ini dengan cepat serta mudah. 

Setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan LASIK atau ReLex-Smile® perlu menjalani pemeriksaan mata secara terperinci terlebih dahulu. Seseorang pesakit itu perlu menjalani penilaian mata secara keseluruhan dalam tempoh tiga jam sebelum menjalani rawatan ReLex-SMILE®

"Prosedur rawatan menggunakan teknik ReLex-SMILE® hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dan untuk pengetahuan umum, rawatan ReLEx-SMILE® akan dijalankan pada hari yang sama dengan hari pemeriksaan.” 

Berlainan dengan kaedah LASIK, ia akan dilakukan pada hari yang lain dengan hari pemeriksaan mata menyeluruh.

"Pesakit akan menjalani pemeriksaan mata secara terperinci daripada bahagian luaran (kornea) mata hinggalah ke bahagian retina mata dan sekiranya hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kornea mata pesakit nipis (tidak mengikut garis panduan), mereka tidak dapat menjalani prosedur rawatan rabun tersebut," katanya kepada mStar Online di Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya di Pearl Avenue, Sg Chua, Kajang baru-baru ini.

Jelasnya, kira-kira 20 peratus pesakit yang datang untuk membuat rawatan mata di pusat rawatan tersebut tidak mengetahui mereka sebenarnya mengidapi penyakit berkaitan mata kerana mengabaikan pemeriksaan mata yang sepatutnya dilakukan sekali pada setiap tahun.

Justeru, pemeriksaan mata secara berkala sangat penting kerana anda dapat mengetahui sama ada anda menghidap penyakit mata seperti glaucoma, diabetes retinopathy atau pun katarak," katanya lagi.


Pemeriksaan mata secara terperinci perlu dijalani oleh setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ReLex SMILE mahupun lasik.


Bagi pesakit yang perlu menjalani 'assessment' di pusat rawatan ini tidak perlu bimbang kerana terdapat ruangan ilmiah yang disediakan dengan pelbagai bahan bacaan koleksi buku terbitan Prof Muhaya dan tontonan siri motivasi yang dijalankan pakar mata terkenal negara itu. 

Selain menjalani rawatan rabun, mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan. "Kami di sini, menyediakan konsep mesra pesakit dan ingin mewujudkan suasana yang selesa untuk mereka.  

Bukan itu sahaja, ruangan khas untuk keluarga pesakit yang sedang menjalani pembedahan turut disediakan. Ini bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman serta merekodkan pengalaman tersebut. Ia sekaligus membuktikan prosedur ini tidak mendatangkan kesakitan," ujar Addaem. 

Mengulas dengan lebih lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata ini berkata selain daripada menyediakan rawatan mata, perkara yang lebih dititikberatkan adalah tuntutan spiritual dan keagamaan.

"Di sini kita menggalakkan solat tepat pada waktunya, dan setiap kali masuk waktu solat akan ada staf yang akan melaungkan azan dan kita akan mengadakan solat jemaah terutamanya bagi kaum Adam. 

"Ketika pembedahan dijalankan juga, Prof Muhaya akan memulakan prosedur dengan membaca doa-doa yang bersesuaian kerana hanya dengan izin Allah dapat menjamin kejayaan sesuatu pembedahan itu," katanya.

"Kami di sini, menyediakan konsep mesra pesakit dan ingin mewujudkan suasana yang selesa untuk mereka. Bukan itu sahaja, ruangan khas untuk keluarga pesakit yang sedang menjalani pembedahan turut disediakan. 

"Ini bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman serta merekodkan pengalaman tersebut. Ia sekaligus membuktikan prosedur ini tidak mendatangkan kesakitan," ujar Addaem. 

Mengulas lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata ini berkata selain daripada menyediakan rawatan mata perkara yang lebih dititikberatkan adalah tuntutan spiritual dan keagamaan. 

"Di sini kita menggalakkan solat tepat pada waktunya, dan setiap kali masuk waktu solat akan ada staf yang akan melaungkan azan dan kita akan mengadakan solat jemaah terutamanya bagi kaum Adam.  

"Ketika pembedahan dijalankan juga, Prof Muhaya akan memulakan prosedur dengan membaca doa-doa yang bersesuaian kerana hanya dengan izin Allah dapat menjamin kejayaan sesuatu pembedahan itu," katanya. 

Selain itu, Addaem berkata Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya turut menawarkan pakej rawatan mata menarik bagi mereka yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun 2015.

"Mana-mana jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini layak mendapat pakej rawatan yang istimewa bagi perkhidmatan LASIK dan ReLex-SMILE® di sini," katanya. 

Turut dinyatakan bahawa Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya sentiasa menanamkan niat untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Dari segi untuk Jemaah Haji, memberikan maklumat mengenai rawatan rabun dan pemeriksaan mata yang menyeluruh dilihat sebagai satu cara membantu Jemaah Haji mengetahui tahap kesihatan mata mereka.

Maklumat Tambahan:

Alamat : S-29, Ground Floor Pearl Avenue Condominium, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, 43000 Kajang.

Waktu Operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

No. Telefon : 03-8741 5138 / 017-8771819

KKLIU KOD: 0656/2015.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan