Penyelidik Kian 'Pupus' Walau Berpeluang Temui Lebih Banyak Fosil Dinosaur

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

POTENSI untuk menemui lebih banyak fosil dinosaur di negara ini amat cerah jika usaha menjejakinya dilakukan secara berterusan.

Penemuan fosil dinosaur melalui menerusi Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini seperti membuka dimensi baharu kepada pakar penyelidik bumi dan saintis untuk terus menjalankan kajian dalam bidang ini.

Namun, kebimbangan timbul apabila negara ketandusan tenaga pakar dan penyelidik dalam bidang paleontologi (kaji fosil) supaya usaha menjejak fosil haiwan prasejarah itu, yang dipercayai masih banyak tersimpan di beberapa kawasan di negara kita dapat diteruskan.

Dipercayai, selain di sungai-sungai sekitar Hulu Terengganu, fosil dinosaur juga terdapat di Gunung Panti, Johor.

Pakar Paleontologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Shafeea Leman berkata beliau tidak teragak-agak menggambarkan bidang dan ahli paleontologi di Malaysia sebagai 'hampir pupus, bakal menerima nasib yang sama seperti dinosaur dan akhirnya menjadi 'fosil' jika tidak diberi perhatian sewajarnya.

Shafeea memberikan contoh terdekat apabila daripada 18 orang yang mengikuti ekspedisi dari 13 hingga 23 Oktober lalu, hanya tiga daripadanya sahaja yang merupakan ahli paleontologi.

Ekspedisi tersebut adalah anjuran Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM).

"Mengikut sejarah, nama 'dinosaur' itu ditulis oleh Sir Richard Owen. Walaupun di England tak banyak (bukti) dinosaur, dia jumpa lebih awal. Kalau kita usaha cari betul-betul (di Malaysia) mungkin penemuan lebih banyak daripada itu.

"Tapi kita tak akan cukup ahli paleontologi, kita perlukan lebih ramai. Di China misalnya, mereka mempunyai kira-kira sejuta ahli paleontolog, Malaysia tak sampai 10 orang," katanya dengan nada sedikit kecewa.

Shafeea berkata, walaupun beliau pernah menjejak kaki ke tapak penemuan fosil dinosaur itu pada 1997 dan 2008, tetapi tidak banyak perkara yang dapat dilakukan pada masa itu walaupun begitu yakin lokasi itu tersimpan fosil dinosaur yang dicari-cari selama ini.

Menyifatkan kejayaan menemui fosil gigi, tulang dan kesan tapak kaki pada bongkah batu pada 2014 sebagai 'impian jadi kenyataan', jauh di lubuk hatinya untuk berharap ia dapat ditemui lebih awal iaitu ketika kunjungannya pada 2008.

Fosil gigi yang ditemui adalah milik spesies Iguanadon, dinosaur jenis herbivor iaitu pemakan tumbuh-tumbuhan dan fosil tapak kaki dipercayai menjadi milik dinosaur daripada keluarga Theropod dan Sauropod.

"Pada 1997 saya sudah pergi dengan beberapa geologis tapi tak lama, kita cuma dapat rekod satu atau dua tentang batuan di sana.

"Masa pergi tahun 2008 saya harap dapat jumpa, tapi tak jumpa. Kenapa tak jumpa...saya senang kata sebab 'masa dan mata yang melihat'. Masa itu cuma dua- tiga orang saja yang pergi dan saya seorang saja yang ada pengalaman tengok fosil dinosaur di tapak penemuan," katanya.

Selain masalah tenaga dan masa, usaha menjejaki fosil dinosaur berusia Jura-Kapur ini juga akan terhalang jika tidak mendapat sokongan kewangan dan pihak kementerian.

Shafee yang mempunyai kepakaran mengkaji 'brakiopod' berkata, beliau melihat peluang negara untuk membina kepakaran dalam bidang ini lebih terbuka luas selepas penemuan besar dan bersejarah itu.

Bukan semangatnya sahaja yang berkobar-kobar, semangat dan azam yang sama turut dirasai oleh rakan-rakan penyelidik lain yang mempunyai keterujaan 'luar biasa' untuk terus menjejaki fosil dinosaur di kawasan berpotensi lain, terutama di Malaysia.

"JMG pun sudah ada pelan kajian susulan. Saya kata perkara ini kena buat betul-betul, macam apa yang dibuat ahli arkeologi.

"Tahun depan kita akan buat kajian terperinci di tempat sama, bukan ekspedisi lagi dan pasukan yang sama bercadang nak buat satu lagi ekspedisi di tempat lain. Saya cadang buat di Kelantan," katanya.

Shaffea berkata, dalam hal ini Malaysia perlu mengambil inisiatif dengan membentuk satu pasukan tenaga pakarnya sendiri bagi membolehkan kajian dan penyelidikan dapat dibuat dengan lebih serius, fokus dan terurus.

Beliau menambah, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri apabila JMG mendapat kerjasama erat dengan pasukan penyelidik di Thailand yang terlebih dahulu menemui fosil dinosaur dalam bentuk tulang femur kiri di Khon Kaen, kawasan yang mempunyai batuan berusia Jura Kapur.

Kawasan tersebut mempunyai persamaan dengan Gunung Panti di Johor dan Gunung Gagau yang merupakan titik sempadan negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

"Panjang lagi laluan yang kita kena lalui, ada peluang untuk kita bina kepakaran di sini bagi mengkaji dinosaur.

"Kita kena bina pasukan pakar sendiri, JMG memang sudah ada kerjasama dengan Thailand, memang mudahlah untuk kita," katanya.

Pensyarah terbabit bagaimanapun mengakui bahawa tidak ramai pelajar yang berminat mengikuti pengajian dalam bidang kaji fosil, termasuklah di UKM sendiri.

Namun katanya, subjek palentologi tetap ada dan ia menjadi subjek wajib untuk pelajar yang mengikuti program geologi.

"Cuma bila berita ini (penemuan) keluar, memang ramailah contohnya nak sambung kajian atau berminat nak tahu lebih lanjut tentang dinosaur.

"Saya baharu dimaklumkan oleh dekan bahawa permintaan untuk memasuki bidang geologi adalah tinggi berbanding tempat yang ditawarkan. Jadi mulai tahun depan kita kena adakan temuduga," katanya sambil menambah penemuan terbaharu itu sedikit-sebanyak telah menunjukkan perkembangan positif dari segi pendidikan dalam bidang ini.

Tags / Kata Kunci: Dinasour , Fosil , UKM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan