Biodiversiti: Tanaman Orkid Untuk Kecantikan

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orkid Emas tumbuh di atas pokok kira-kira 5 meter dari atas tanah. shes about 5m above the ground in the treetops. Elemen pentingnya bungan ini boleh didapati pada daun-daunnya yang berwarna kuning.
Orkid Emas tumbuh di atas pokok kira-kira 5 meter dari atas tanah. shes about 5m above the ground in the treetops. Elemen pentingnya bungan ini boleh didapati pada daun-daunnya yang berwarna kuning.

DI kawasan terpencil di selatan Yunnan di China, antara sempadan Myanmar dan Laos, terletak kawasan hutan hujan yang dijadikan sebagai pusat penyelidikan yang unik dan ladang.

Di atas kawasan seluas 600 hektar pada ketinggian 1,600 meter itu, sebanyak 3,000 orkid muda ditanam pada setiap tahun.

Ia merupakan TianZi Biodiversity Nature Reserve di mana penanaman bunga orkid dalam persekitaran semula jadi, tanpa sebarang penggunaan racun perosak atau baja.

Di sini, orkid jenis Vanda Coerulea dan Emas, merupakan penemuan terbaru dan bahan utama dalam jenama kecantikan Perancis, Guerlain yang baru bagi penjagaan kulit anti penuaan, ditanam dan dipelihara.

Pusat itu yang memulakan penyelidikan orkid dengan kerjasama Guerlain 12 tahun lalu, diasaskan oleh mendiang Dr Yusuf Margraf, seorang ahli biologi Jerman yang terkenal, dan isterinya, Minguo Li Margraf.

Tianzi, bersama dengan Taman Eksperimen di Switzerland dan Makmal Penyelidikan Asas di Strasbourg, Perancis, menubuhkan asas bagi Guerlain Orchidarium, yang merupakan sebuah pusat penyelidikan di mana ahli botani, ahli biologi, ahli kimia dan ahli farmakologi berkumpul untuk bertukar-tukar dan mentafsir penemuan bunga yang menakjubkan ini.

"Yusuf dihantar ke China pada 1997 oleh kerajaan Jerman untuk kerja-kerja saintifik mengenai perlindungan hutan hujan," kata Li-Margraf yang ditemuramah di Kuala Lumpur pada Disember lepas.

Dr Margraf telah bekerja untuk EU dan UNDP, dan sebelum dihantar bertugas ke China, dan beliau berada di Filipina selama beberapa tahun, bekerja dalam bidang biodiversiti.

Li-Margraf yang merupakan bekas wartawan, bertemu dengan beliau pada 1999 di sebuah majlis dianjurkan oleh seornag duta, dan ia merupakan cinta pandang pertama.

Mereka kemudiannya berkahwin pada 2000 dan menetap di kampung halamannya di Yunnan.

Pada 2010, Dr Margraf meninggal dunia akibat serangan jantung dan hari ini, isterinya, yang tinggal di rizab itu bersama dua anak perempuannya, terus bekerja dan mengetuai rizab Tianzi itu.

"Kami sentiasa memilih orkid dengan tiga perkara iaitu jenis, jiwa dan roh. Bagaimana orkid kelihatan seperti adalah 'jiwa', bagaimana molekul berkembang adalah 'jiwa' dan tahap tenaga orkid adalah 'jiwa'," jelas beliau.

Li-Margraf berkata, Orkid Emas (Dendrobium chrysotoxum, yang bermaksud "benih emas dari pohon kehidupan") adalah orkid mengeluarkan bau yang kuat seperti madu dan lilin.

Elemen dalam daun emas kuning membentuk bahan-bahan aktif yang terdapat dalam anti -penuaan penjagaan kulit jenama Guerlain itu, Orchidee Imperiale.

Menurut Anne -Sophie Sauvage, pengurus kumpulan penjagaan kulit untuk pasukan pemasaran Guerlain Antarabangsa, makmal Penyelidikan Guerlain Asas mempunyai orkid Emas tanpa mengetahui kelebihannya.

Hanya pada tahun lepas penyelidik menemui bukti saintifik yang membuktikan pilihan bunga Dr Margraf adalah tepat.

"Kami terkejut melihat bagaimana sains biotenaga sebagai bidang baru dan penemuan Orkid Emas yang mempunyai kelebihannya. Kami mendapati sifat-sifat bunga boleh mencetuskan mekanisme pembaikan bagi rangkaian selular bioenergetik," kata Sauvage.

Menurut Guerlain, menganalisis perkembangan aliran tenaga dalam sistem hidup adalah penting untuk memahami semua fenomena yang mengawal kehidupan.

Pemahaman itu membawa kepada pembangunan sains yang membuka ufuk baru bagi biologi dan perubatan masa depan iaitu bioenergetik selular.

"Ia tidak sukar untuk pertumbuhan orkid tetapi ia memerlukan persekitaran semula jadi sebelum boleh ditanam. Oleh itu, kami terpaksa menanam hutan yang pertama dan kemudian hanya akan orkid berkembang maju.

"Apabila orkid disenyawakan, ia merebak kepada benih yang terbang di udara dan berpaut kepada pokok-pokok," jelas Li- Margraf .

"Ia merupakan satu program penanaman semula hutan tropika menyeluruh yang menyediakan penetapan untuk perlindungan daripada orkid, dan menggalakkan pemeliharaan dan penanaman semula orkid liar di persekitaran semula jadi mereka," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan