Airbus Bertapak Lebih Meluas Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PESAWAT A350...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden dan CEO Airbus, Fabrice Bregier serta Pengasas merangkap Pengarah SAE, Datuk Syed Budriz Putra semasa Pelancaran SAE Regional MRO Center Sepang Aircraft Engineering di KLIA, Sepang, Rabu. SAE dan dan EADS (France) telah beroperasi menyelenggara pesawat Airbus Air Asia dengan kepakaran tempatan. -fotoBERNAMA
PESAWAT A350...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden dan CEO Airbus, Fabrice Bregier serta Pengasas merangkap Pengarah SAE, Datuk Syed Budriz Putra semasa Pelancaran SAE Regional MRO Center Sepang Aircraft Engineering di KLIA, Sepang, Rabu. SAE dan dan EADS (France) telah beroperasi menyelenggara pesawat Airbus Air Asia dengan kepakaran tempatan. -fotoBERNAMA

SEPANG: Airbus bersedia untuk bertapak lebih teguh di Malaysia dengan peluasan unit penyenggaraan usaha samanya, Sepang Aircraft Engineering (SAE), dan penubuhan sebuah Pusat Perkhidmatan Pelanggan Airbus baharu, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fabrice Bregier.

Beliau berkata hangar baharu SAE, pakar dalam penyenggaraan dan rombak rawat pesawat lorong laluan tunggal Airbus, akan mempunyai ruang lantai seluas 13,000 meter persegi dan mampu menampung tiga pesawat Kumpulan A320 bagi pemeriksaan penyenggaraan besar.

Sementara itu, Bregier berkata Pusat Perkhidmatan Pelanggan Airbus baharu yang akan ditempatkan bersebelahan dengan SAE, merupakan peluasan rangkaian pejabat global pembuat pesawat itu, yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan baik pulih pesawat 24 jam sehari.

Pusat di Malaysia itu akan mewujudkan pekerjaan bagi lebih 100 jurutera dan mekanik mahir.

"Pengumuman yang kami buat ini mencerminkan potensi yang kami ramalkan sangat besar bagi industri aeroangkasa di Asia Tenggara.

"Malaysia adalah satu daripada negara-negara yang mempunyai syarat-syarat yang sesuai untuk menjadi rakan kongsi utama bagi Airbus.

"Ini sejajar dengan strategi kami untuk bertapak lebih kukuh dalam pasaran antarabangsa dan mengembangkan perkhidmatan sokongan bagi pengendali pesawat kami di tempat yang lebih hampir dengan pangkalan di negara masing-masing," katanya pada upacara pelancaran hangar kedua di kemudahan SAE oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Sepang, Rabu.

Malaysia ialah rakan kongsi industri yang penting bagi Airbus, dengan penglibatan pembekal dalam pelbagai program berkaitan pesawat, termasuk CTRM Aero Composites Sdn Bhd, yang merupakan pembekal struktur komposit kelima terbesar kepada Airbus.

Airbus ialah pembuat pesawat terkemuka di dunia, yang menawarkan kumpulan pesawat penumpang yang paling moden, inovatif dan cekap dalam pasaran, dengan kapasiti dari 100 hingga lebih daripada 500 tempat duduk. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan