suria

Flat Pekeliling: Tamatkan Kontrak Syarikat Konsesi, Serah Kepada UDA

Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

AHLI Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani mahu kerajaan mengambil semula tanah Flat Pekeliling daripada pemaju yang dilantik dalam usaha mempercepatkan proses pembangunan.

Johari berkata, pemaju, Asie Development Sdn Bhd telah melengah-lengahkan tugas terhadap projek berkenaan.

"Hak milik tanah masih lagi di atas nama kerajaan walaupun pemaju telah dianugerahkan konsesi untuk membangunkan semula tanah tersebut," katanya.

"Jadi, kerajaan masih boleh membatalkan konsesi dan mengambil alih tanah," katanya sambil menambah 12 tahun masa yang diambil untuk membangunkan semula Flat Pekeliling adalah terlalu lama.

"Bertambah buruk apabila struktur usang dibiarkan bertahun-tahun lamanya dan membahayakan orang awam.

"Kerajaan mesti memastikan semua bangunan yang ditinggalkan dirobohkan segera dan bukan menunggu berlakunya masalah," katanya.

Johari yang juga merupakan pengerusi UDA Holdings berkata UDA sanggup menyelesaikan isu ini dan bersedia membangunkan semula kawasan berkenaan.

"Fokus kita untuk membangunkan kediaman mampu milik kepada eksekutif muda dengan kos antara RM350,000 dan RM400,000," katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) Profesor Datuk Dr Alias Abdullah turut bersetuju dengan cadangan Johari.

"Jika UDA boleh membangunkannya, kenapa tidak biarkan saja? Itu satu idea yang bagus," katanya.

"Saya percaya UDA mampu membina kediaman mampu milik di situ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain