'Che Pa Seluar Pendek' Tidak Malu Kayuh Beca Dengan Berpakaian Pejabat

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dengan berkemeja kemas dan rapi, berseluar kasual, berstokin dan berkasut, Che Pa Teh, 77, akan menaiki bas hampir setiap hari dari rumahnya di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, dekat sini untuk ke bandar Kota Baharu seawal pukul 7 pagi.

Dengan penampilan demikian, ramai yang menyangka lelaki bertubuh kecil dan berusia lebih setengah abad itu memiliki pejabat atau perniagaan sendiri untuk diuruskan.

Namun, sebaik tiba di bandar itu, beliau tidak menuju ke mana-mana premis perniagaan ataupun pejabat tetapi sebaliknya singgah di sebuah rumah dan kemudian dilihat keluar dari pagar rumah berkenaan dengan membawa 'kenderaannya', sebuah beca berusia puluhan tahun.

"Macam inilah pakcik hari-hari, sejak pindah rumah dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa sepuluh tahun lalu, pakcik tumpang letak beca ni di rumah kawan di bandar Kota Baharu.

"Pagi-pagi pakcik akan naik bas dari rumah sampai Kota Baharu dan ambil beca pakcik untuk cari rezeki di sekitar bandar ini," katanya kepada Bernama di sini.

Menariknya, Che Pa yang memiliki tujuh anak berusia antara 26 dan 51 tahun itu walaupun hanya seorang pengayuh beca, beliau tetap berpakaian kemas termasuk memakai tali pinggang serta jam tangan dan memastikan rambutnya sentiasa pendek dan disisir rapi.

Che Pa berkata biarpun ada yang melirik manis dan tidak kurang juga yang mencemik bibir melihatnya bergaya seperti pekerja pejabat, beliau tidak kisah kerana berpakaian kemas sudah sebati dan menjadi sebahagian dari imej dirinya sejak lebih 60 tahun lalu.

"Pakcik kerja sebagai pengayuh beca sejak umur 15 tahun lagi, masa itu memang pakcik dah pakai kemas macam orang kerja pejabat, tak kira pakai kemeja atau t-shirt pakcik tetap akan masukkan baju ke dalam, kalau tak masuk tak sedap pula rasanya," katanya yang lebih dikenali sebagai 'Che Pa Seluar Pendek' kerana gemar berpakaian kemeja dan seluar pendek serba putih ketika mengayuh beca pada tahun 70-an.

"Isteri pakcik dulu-dulu ada juga bising-bising, tapi bila dah lama-lama senyaplah dia, lagipun pakcik bukan niat nak melawa untuk jadi orang muda atau pikat gadis muda, memang pakcik sendiri rasa selesa begini," katanya tersenyum.

Che Pa berkata walaupun ramai yang menganggapnya 'pelik' beliau tidak kisah kerana berpakaian seumpama itu tidak menjejaskan punca rezekinya bahkan ramai yang tertarik untuk menaiki becanya.

Selain itu katanya, walaupun semakin dimamah usia, Che Pa tetap setia bersama pekerjaannya mengayuh beca biarpun tujuh anaknya bekerjaya dan tidak pernah lupa memberi nafkah bulanan kepadanya.

"Anak-anak pakcik ada yang marahkan pakcik, suruh berhenti bekerja macam ini (mengayuh beca), duduk saja rehat di rumah, tapi mana boleh, kaki dan tangan pakcik ni dah biasa kerja kuat, kalau duduk diam rasa sakit badan pula," katanya yang mempunyai 19 orang cucu.

Kini, Che Pa merupakan salah seorang daripada 86 pengayuh beca pelancongan di Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan