Eco Challenge Gua Musang Sungguh Mencabar

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian peserta sukan lasak Eco Challenge Gua Musang beraksi dalam acara larian merentasi sebuah perkampungan Orang Asli di Kuala Koh di sini, baru-baru ini.-Foto BERNAMA
Sebahagian peserta sukan lasak Eco Challenge Gua Musang beraksi dalam acara larian merentasi sebuah perkampungan Orang Asli di Kuala Koh di sini, baru-baru ini.-Foto BERNAMA

PENAT, tapi amat menyeronokkan, demikian kata peserta sukan lasak 'Eco Challenge Gua Musang' yang pertama kali menyertai cabaran di kawasan hutan tropika Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini. Cabaran sejauh 45 kilometer menyusuri sungai, perkampungan Orang Asli dan jalan ladang itu merangkumi acara larian, berkayak dan mengayuh basikal. Cabaran anjuran bersama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) dan Jabatan Belia dan Sukan itu disertai 86 peserta merangkumi 25 pasukan dari seluruh negeri.

Antara peserta yang ditemubual berasal dari Sarawak, Jafri Mugah, 37, yang mewakili pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

"Keseluruhan acara dalam sukan lasak ini sungguh mencabar terutama apabila ia berlangsung pada musim tengkujuh di mana laluan becak dan hujan lebat," katanya yang pertama kali menyertai sukan lasak melalui kategori terbuka berpasukan.

MENYERONOKKAN

Rakannya, Ramuyan anak Talit, 36, berkata trek berbasikal paling mencabar dalam kejohanan ini kerana jalannya begitu becak dan berlangsung dalam suasana hujan lebat.

"Lebih-lebih lagi apabila kami melalui jalan berbukit hingga terpaksa memikul atau menolak basikal," katanya.

"Walaupun penat, namun ia pengalaman yang amat menyeronokkan," katanya yang sudah tiga tahun tidak menyertai sukan lasak seumpama.

Dalam kejohanan itu, pasukan sukan lasak dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan muncul johan bagi kategori Jemputan Berpasukan, naib johan dari JBS Petaling Jaya dan ketiga, pasukan Baracuba.

Bagi kategori Terbuka Berpasukan dimenangi oleh pasukan Salomon Power Bar, naib johan Pasukan Sukan Lasak TLDM, Lumut dan ketiga pasukan Salomon Sunto.

KESEDAR TARIK PELANCONG

Sementara itu, Pengurus Besar Kesedar, Mohd Arshad Ismail, berkata program itu dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Perhilitan dan JBS dalam usaha mempromosikan Gua Musang sebagai destinasi ekopelancongan utama negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan program seumpama yang lebih besar pada tahun ini dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bermula dari Tasik Kenyir ke Gua Musang.

"Usaha ini diadakan bagi memperkenalkan produk baru tarikan pelancong dengan alam semula jadi gua batu kapur dan flora dan fauna, yang sekali gus mampu menarik palancong luar ke Taman Negara Kuala Koh," katanya.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah berkata pihaknya menyediakan banyak kemudahan di pusat rekreasi Kuala Koh ini bagi menarik pelancong selain menambahkan aktiviti yang sedia ada seperti kawasan memancing dan titian kanopi untuk menyaksikan realiti kehidupan haiwan liar di taman negara melalui atas pokok.

KEINDAHAN SEMULA JADI SUMBER TARIKAN PELANCONG

Menurut beliau, titian sepanjang 350 meter berkenaan disediakan pada 2008 di samping tambahan calet dan asrama untuk aktiviti perkhemahan.

Pazil yakin pelancong luar lebih tertarik ke sini kerana terpesona dengan keindahan alam semula jadi.

Taman ini dijangka menjadi pusat tumpuan lebih ramai pelancong, apabila jalan sepanjang 45 kilometer dari Jalan Besar ke taman ini siap dibina pada tahun 2011.

Dianggarkan 500 pelancong luar berkunjung ke taman ini setiap tahun yang kebanyakannya dari Jerman, Jepun dan Sweden. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan