Pembuat Wau Guna Kemahiran Untuk Bantu 'Jual' Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Disebalik kecacatannya, pembuat wau terkenal Husmizi Ibrahim berazam untuk menggunakan kepakaran dan kemahirannya untuk membantu 'menjual' Malaysia melalui wau yang dihasilkannya.

Wau hasil rekaan Husmizi, 35, yang lumpuh dari pinggang hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang 10 tahun lalu, setakat ini telah menembusi pasaran Scotland, China, England, Jepun dan Singapura.

Menurutnya, hasil seni kraftangannya berjaya dijual di luar negara setelah beliau mencipta nama dengan menjuarai pertandingan wau di peringkat Kebangsaan dan negeri dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2007.

"Saya berazam memperbanyakkan hasil kerjaya saya di bidang kraftangan ini untuk menembusi pasaran lebih luas ke luar negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Pulai Chondong, dekat sini.

Husmizi menghasilkan kraftangan wau secara baring di atas katil ketika menampal kertas untuk waunya dan duduk bersila dengan bersandar kepada dinding, ketika melukis reka bentuk wau atau meraut buluh untuk membuat rangka wau.

Setiap wau yang dihasilkannya berharga antara RM1,500 dan RM6,000 mengikut saiz dan reka bentuknya.

"Saya bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupan dengan kerjaya ini walaupun tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU)," kata Husmizi yang mendirikan rumah tangga dengan Zuriati Rohaida Harun, 32, pada 2006.

Selain menghasilkan wau untuk menyertai pertandingan, katanya beliau juga menerima tempahan daripada orang ramai dan Persatuan Layang-layang Malaysia (Pelayang) dari seluruh negara untuk dijual kepada pelancong.

Husmini berkata beliau mampu menyiapkan lima buah wau sehari, bagaimanapun, ia bergantung kepada mutu dan saiz kraftangan terbabit.

Beliau juga berazam untuk menyiapkan rumah idamannya yang kini sedang dalam pembinaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan