'Mulut Bergerak Listerine' untuk kesihatan oral

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Memberus gigi sahaja sudah cukup bagi mengekalkan kesihatan mulut dan mengelakkan masalah gigi".

Ini adalah persepsi yang silap dalam kalangan masyarakat dalam aspek penjagaan kesihatan oral (mulut) dan gigi, menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) Dr S. Sivanesan.

Dr Sivanesan berkata demikian dalam ucapan beliau semasa majlis pengenalan rasmi program 'Listerine Mobile Mouth' (Mulut Bergerak Listerine) di sini baru-baru ini.

Mulut Bergerak Listerine sebenarnya ialah sebuah lori lima tan yang mempunyai permukaan dinding seperti mulut manusia yang besar.

Mulut gergasi ini, mula bergerak pada Mac lepas dan telah memanfaatkan 12,000 orang dewasa dan mendidik mereka mengenai amalan memberus gigi, menggunakan flos, berkumur dengan cecair antispetik sebanyak 2 kali sehari serta pemeriksaan gigi berkala.

Ini adalah empat langkah utama dalam penjagaan kesihatan mulut, kata Dr Sivanesan.

Dr Sivanesan menerangkan beberapa kajian kesihatan mulut yang dijalankan di seluruh dunia yang jelas menunjukkan memberus gigi sahaja mungkin tidak boleh mengekalkan tahap kebersihan gigi yang mencukupi.

"Kami mencadangkan semua orang dewasa mengamalkan amalan kebersihan gigi harian dengan memberus, menggunakan flos dan berkumur dengan cecair antiseptik untuk penjagaan kesihatan mulut dan gigi yang optimum," kata beliau.

MASALAH KESIHATAN MULUT

Menurut satu kajian yang dijalankan Listerine, masalah kesihatan gigi sememangnya berkaitan dengan persepsi yang salah tentang cara penjagaan kesihatan gigi.

Antara penemuan kajian itu ialah satu daripada 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai nafas berbau, 20 peratus mengalami kerosakan gigi dan 24 peratus mengalami gusi berdarah.

Joyce Lee, Pengarah Urusan Johnson & Johnson, syarikat yang memasarkan cecair kumur antiseptik Listerine berkata kajian itu jelas menunjukkan orang Malaysia mempunyai masalah kesihatan gigi walaupun mereka memberus gigi dengan kerap.

"Sekiranya kita dapat memperbetul persepsi yang salah ini, iaitu tentang masalah gigi boleh dielakkan dengan hanya memberus gigi, melalui didikan amalan penjagaan gigi yang betul dan lengkap, maka kita benar-benar membimbing rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mulut mereka sebaik mungkin.

"Ini akan membantu mereka mengelakkan masalah gigi dan rawatan gigi yang kadangkala menyakitkan," kata Lee.

MULUT BERGERAK LISTERINE

Program Mulut Bergerak Listerine kembali menjelajah dan melawat hipermarket serta pasar raya serta bangunan pejabat di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Melaka dan Johor Baharu bulan ini.

Lee berkata mulut Bergerak Listerine secara positifnya menarik minat orang ramai semasa promosi jelajah selama sebulan yang diadakan pada Mac lepas.

"Mulut Bergerak Listerine mengajak orang ramai masuk ke dalam (lori pameran) dan melihat sendiri keperluan penjagaan gigi yang baik".

Menurutnya lagi, konsep itu adalah untuk menarik perhatian dan minat orang ramai mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan mulut melalui permainan dan aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

Nantikan ketibaan permainan dan hadiah percuma yang menarik di setiap hentian dalam jelajah Mulut Bergerak Listerine ini. Keterangan lanjut boleh didapatkan dengan melayari www.listerine.com.my. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan