Tok Mudim menuju era 'senja'

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WAKTU sebeginilah masanya ramai di kalangan masyarakat Melayu mengadakan kenduri untuk majlis kahwin dan berkhatan.

"Bersunat maso dulu sungguh meriyoh (Berkhatan satu masa dulu memang meriah)," menurut seorang bekas Tok Mudim yang berumur 75 tahun, Seman Jusoh.

Seman pernah menjadi Tok Mudim di kampungnya iaitu Kampung Tok Uban di Pasir Mas, Kelantan, beberapa dekad yang lepas.

"Sayo bereti jadi Tok Mudim sebab tak rama ore nak, ore ata anak dio ke sepital dae klinik prebet (Saya dah berhenti jadi Tok Mudim sebab tak ramai yang mahu khidmat saya sebab ibu bapa lebih suka menghantar anak mereka untuk berkhatan di hospital atau klinik swasta)", kata Seman dalam loghat Kelantannya yang pekat kepada penulis.

"Mato saya pon tak berapo napok, nati tekerat hok lain (Mata saya pun dah tak berapa nampak, nanti terpotong pula bahagian lain)", kata Seman sambil ketawa.

Siapa itu Tok Mudim

Tok Mudim adalah orang yang menjalankan 'khatan' secara tradisi dan adat Melayu.

Pada tahun-tahun sebelum dan selepas Merdeka, khidmat mereka amat dan memang diperlukan tetapi pada dekad yang lepas mereka seolah-olah menjadi 'saudagar senja'.

"Bila dah banyak ada hospital dan klinik, tak berapa ramai yang mahu khidmat Tok Mudim lagi sedangkan doktor sendiri boleh menjalankan khatan masa sekarang", menurut anak Seman, Yusoff.

Kata Seman, beliau mengenakan antara RM10 dan RM40 sebagai perkhidmatan untuk bayaran berkhatan.

Beliau berkata, bagi mereka yang mahu berkhatan secara ringkas, bayarannya hanya RM10 manakala ibu bapa yang mahu 'rawatan ekstra' untuk anak mereka perlu membayar RM25 atau RM40 bergantung kepada apa yang mereka mahu.

Apa kata ibu bapa

Seorang bapa yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini berkata, adalah lebih baik bagi beliau menghantar anak untuk bersunat di hospital atau klinik swasta.

"Doktor di hospital atau pengamal perubatan swasta sudah dilatih untuk melakukan pembedahan kecil seperti berkhatan. Mereka tahu tempat mana yang perlu dipotong serta faham di mana letaknya salur darah dan saraf di situ (organ lelaki)", kata Saris. Saris berkata, beliau pernah mendengar beberapa kes komplikasi akibat bersunat dengan Tok Mudim seperti pendarahan dan jangkitan kuman.

"Doktor tahu cara nak henti pendarahan, dan dia juga melakukan prosedur itu dalam keadaan steril. Dia tahu bila nak beri antibiotik atau ubat tahan sakit dan doktor juga lebih arif tentang di mana nak beri ubat bius", kata Saris.

Sementara itu Seman mengaku dia tidak tahu apa-apa tentang ubat.

"Ore nok bius, kito cocok. Ore nok ubat, kito bui (Kalau ibu bapa mahu bius, kita akan cucuk dan kalau mereka mahu ubat, kita akan beri)", kata Seman.

Menurut Seman, dia memang tiada pengetahuan perubatan berhubung dengan berkhatan dan hanya melakukannya setelah diajar oleh Tok Mudim yang lebih berpengalaman.

"Alhamdullilah, tak do gapo berlaku (tak ada apa yang berlaku)", tambah beliau.

Bagaimanapun, melihat keadaan sekarang, era Tok Mudim semakin berlalu dan mereka semakin menjadi 'saudagar senja'. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan