Musim durian runtuh buat penternak lembu

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAIN daripada hujan dan ribut Monsun, bulan Disember tahun ini juga menyaksikan orang Islam merayakan Hari Raya Korban iaitu Aidiladha.

Bulan ini juga adalah cuti hujung tahun bagi musim persekolahan di mana kalangan masyarakat Melayu, mereka akan mengadakan kenduri untuk majlis perkahwinan serta berkhatan.

"Bulan Disember memang selalu membawa tuah serta durian runtuh bagi penternak lembu seperti saya", Ahmad Jamal, yang mahu dikenali sebagai AJ, memberitahu penulis.

AJ adalah seorang penternak lembu di Mukim Kundang, Rawang dekat sini. Beliau mempunyai ternakan 30 ekor lembu.

"Saya sudah jual 10 ekor lembu untuk korban di Aidiladha manakala 10 lagi sudah dipesan untuk kenduri kahwin pada musim cuti sekolah ini", kata AJ.

Menurut AJ, 10 ekor lagi ternakan beliau akan disimpan untuk dijual bila beliau kesempitan wang sepanjang tahun depan.

Berapa harganya

Kata AJ, lembu beliau dijual pada harga antara RM2,400 dan RM3,150 seekor.

"Bergantung pada saiz lembu. Kalau sederhana, saya jual pada harga kira-kira RM2,400 manakala yang besar pula saya letak harga lebih", kata AJ, sambil menambah beliau ada juga menjual lembu kepada peniaga daging.

Sementara itu, Haroun Hashim dari Gombak memang menantikan kedatangan bulan Disember.

"Lembu saya tak banyak, dalam 10 ekor sahaja. Tapi saya dah jual semua untuk korban pada harga RM3,000 seekor.

"Duit daripada jualan lembu memang bagus sekali. Sekarang saya terpaksa cari lembu lain untuk dipelihara bagi Aidiladha tahun depan", kata Haroun.

Haroun juga bekerja sebagai orang tengah untuk peniaga daging.

"Saya akan pergi hingga Kuala Selangor dan Bentong nak cari ternakan. Lembu-lembu itu akan disembelih sebelum dagingnya diedar kepada penjual daging", kata Haroun.

Makanan lembu

"Pendapatan yang diperoleh memang nampak macam tinggi tetapi kos memelihara ternakan juga tinggi. Saya kena belanja hampir RM1,000 sebulan untuk makanan lembu", kata AJ.

Kata beliau lagi, anak lembu perlu masa untuk membesar kepada saiz yang boleh dijual.

"Kalau diberi cukup makan, anak lembu boleh membesar kepada saiz yang boleh dipasarkan dalam masa lebih dari satu tahun", kata AJ lagi.

Untuk mengurangkan kos, AJ mengutip dedaun dan tumbuhan lembut dari kawasan belukar di kawasan berdekatan di Bandar Tasik Puteri dan Taman Kundang Jaya.

"Saya juga beri lembu saya makan kangkung, kubis dan sawi yang saya dapati dari Pasar Borong Selayang", kata beliau.

Aj, yang juga penternak kambing, merancang untuk mempunyai 40 ekor lembu pada tahun depan.

"Kalau saya dapat jual lembu satu ekor pada harga RM3,000, cuba kira berapa saya akan dapat untuk 40 ekor lembu", kata AJ sambil tersenyum. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan