suria

Omer Ahmed, Siti Hajar Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati UIAM

Olahraga dan Olahragawati Anugerah Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Siti Hajar Azhar (kiri) dan Omer Ahmed Abdi Essa (kanan) menunjukkan piala yang dimenangi pada Anugerah Sukan UIAM 2013.

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga Omer Ahmed Abdi Essa dan atlet karate Siti Hajar Mohd Azhar dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kedua-dua atlet UIAM itu menerima piala dan sijil penghargaan sebagai tanda menghargai sumbangan para atlet yang menaikkan nama universiti itu pada Majlis Anugerah Sukan universiti itu di sini.

Siti Hajar, pelajar jurusan Sains Sosiologi Manusia dipilih setelah memungut dua pingat gangsa dalam acara kumite atas 68 kg dan kumite berkumpulan, dan Omer Ahmed dari Somalia, pula meraih dua pingat emas bagi sukan olahraga dalam acara 5,000meter dan 10,000m pada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang lepas.

Anugerah itu disampaikan Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin.

Bagi Siti Hajar, ini adalah kali kedua beliau menerima anugerah olahragawati UIAM dengan yang pertama kali pada tahun lepas.

Beliau yang bersyukur dengan anugerah tersebut berkata ia memberikannya motivasi dan semangat untuk meneruskan cita-citanya sebagai atlet olahraga bertaraf antarabangsa.


UIAM

Artikel Lain