KUISAS Dijangka Jadi IPTA Pada 2015

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dijangka dinaikkan taraf sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)pada 2015, kata pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Dr Muhammad Amin Zakaria.

Beliau berkata pelbagai langkah sedang diambil ke arah itu, termasuk menyediakan kertas kerja berkaitan keperluan kemudahan, infrastruktur dan kursus yang ditawarkan.

"Langkah awal yang kita dilakukan adalah menyatakan hasrat tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan dan kunjungan itu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian KUISAS dan Istiadat Konvokesyen ke-6 KUISAS di sini, Khamis.

Beliau berkata sekiranya KUISAS diiktiraf sebagai IPTA, lebih banyak pengajian peringkat ijazah, sarjana dan Phd akan ditawarkan, yang sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda di seluruh negara, khususnya di Perak, melanjutkan pelajaran.

Selain itu, katanya KUISAS akan mengambil ilmuwan dalam pelbagai bidang sebagai tenaga pengajarnya.

Muhammad Amin berkata pihaknya akan mencontohi sistem pengurusan dan pembelajaran universiti terbaik dari dalam dan luar negara bagi melahirkan siswazah berkualiti.

Sementara itu, Rektor KUISAS Prof Dr Jamil Hashim berkata ketika ini, KUISAS menawarkan 14 kursus peringkat diploma, manakala tujuh kursus peringkat ijazah sarjana muda, antaranya dalam bidang perbankan, pengajian Islam, usuluddin, komunikasi dan teknologi maklumat, akan ditawarkan mulai September tahun depan.

"Ini merupakan peningkatan yang baik kepada institusi pengajian tinggi yang masih baharu ini. Semoga ia terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

KUISAS, yang ditubuhkan 14 tahun lepas, mengendalikan pelbagai program peringkat diploma kepada 2,175 mahasiswa dari dalam dan luar negara. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan