Tiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Tiga politeknik premier dijangka dapat dinaik taraf sebagai universiti politeknik pada 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Mohd Noor.

Beliau berkata politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.

Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.

"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini, Sabtu.

Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Mengulas mengenai portal alumni institusi tersebut yang dilancarkannya sebelum itu, beliau berkata portal berkenaan adalah platform terbaik untuk mengumpul alumni yang telah berjaya.

Dengan adanya portal ini, alumni boleh menjadi mentor kepada mahasiswa yang baharu menempuh alam universiti selain berkongsi pengalaman mengenai alam pekerjaan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian, katanya.

"Memang kita ketahui kalau gerakan alumni di seluruh institusi pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan, setiap institusi sama ada IPTA, IPTS malah politeknik, kolej komuniti akan menjadi institusi yang begitu gemilang di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 22,000 alumni politeknik telah mendaftar di portal alumni dan usaha menjejaki yang lain sedang dijalankan.

Pada konvokesyen kali ini 3,078 pelajar akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat yang berlangsung selama tiga hari itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan