suria

Universiti Monash Terima Geran RM30,000 Untuk Program Farmasi

KUALA LUMPUR: Pelajar jurusan farmasi Universiti Monash, kampus Sunway, kini berpeluang menerima sebahagian daripada pembiayaan untuk tahun akademik 2012 dengan sumbang geran RM30,000 oleh Abbot (International) Malaysia.

Pengetua Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, universiti berkenaan, Profesor Datuk Dr Anuar Zaini Md Zain berkata syarikat gergasi farmaseutikal itu merupakan penyumbang kedua geran pengajian selepas Pfizer (Malaysia) menyumbang jumlah yang sama awal tahun ini.

"Rakan perkongsian dengan syarikat farmaseutikal seperti Abbot dan Pfizer mempunyai peranan besar dalam pendidikan farmasi dan perubatan. Syarikat berkenaan kaya dengan pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang pembangunan, penyelidikan dan inovasi," katanya.

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W.Jones menyampaikan replika cek bagi pihak Abbot kepada Dr Annuar Zaini sempena sambutan ulang tahun ke-45 syarikat itu di pejabat Abbot Laboratories (M) Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor. - BERNAMA

Artikel Lain