BSN Tawar RM100,000 Pada Penuntut Universiti

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Usaha Niaga Sosial Antara Universiti (SVC) edisi kedua anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah lebih lumayan bernilai RM100,000 untuk menjadi rebutan penuntut universiti seluruh Malaysia.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN Perkhidmatan Perbendaharaan dan Sokongan Korporat, Hasan Mohamed berkata hadiah yang diperuntukkan pada pertandingan kali ini ditambah baik untuk menarik lebih ramai penyertaan berbanding siri pertama tahun lalu.

Menurutnya, selain wang tunai dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), juara pertandingan program berbentuk keusahawanan sosial itu turut berpeluang memenangi komputer riba, I Pad dan produk terbaru keluaran Samsung, Galaxy Tab.

"Kami menerima 37 penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negeri tahun lalu. Namun untuk kali ini, kami mensasarkan lebih ramai penuntut melibatkan diri dan mengemukakan kertas cadangan perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada sesebuah komuniti," katanya pada sidang media di Wisma BSN di sini, Khamis.

Hasan berkata, program SVC memerlukan penuntut universiti berfikiran jauh ke hadapan dengan mengemukakan cadangan program perniagaan yang dapat diimplementasi di pasaran.

Begitu pun, kertas cadangan yang dikemukakan perlu diluluskan oleh pihak universiti sebelum lapan pasukan terbaik dipilih untuk bersaing ke peringkat akhir pada Oktober depan.

"Menerusi program ini, penuntut universiti berpeluang mengetengahkan bakat dalam melontarkan idea bernas yang melibatkan aktiviti lebih serius khususnya perkara berkaitan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling ketika ini," ujarnya.

Siri kedua cabaran SVC lebih menarik apabila tempoh penyertaan dilanjutkan selama enam bulan bermula 1 Mac lalu hingga 31 September depan berbanding hanya tiga bulan pada tahun lalu.

Jelas Hasan, penuntut diberi tempoh lebih lama untuk membuat kaji selidik dan berbincang dengan rakan pasukan bagi memastikan projek yang dicadangkan memberi manfaat kepada komuniti di negara ini.

"Kami turut mengadakan pamerkan bergerak dan taklimat ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai baru-baru ini untuk memberi penerangan kepada penuntut mengenai konsep keusahawanan sosial dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi menyertai program itu," ujarnya.

Sementara itu, Hasan memberitahu BSN merancang mengadakan satu forum yang menampilkan Ketua Hakim program SVC, Chandran Nair merangkap Ketua Eksekutif Global Institute For Tomorrow (GIFT) bagi membicarakan dengan lebih jelas mengenai konsep keusahawanan sosial.

Katanya, beberapa pemenang SVC 2010 turut dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang projek cadangan mereka kepada penuntut universiti yang menghadirkan diri ke forum itu nanti.

Pada program yang julung-julung kali diadakan tahun lalu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang sebuah trofi pertandingan, wang tunai berjumlah RM25,000 dan sijil penghargaan.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) pula menduduki tempat kedua manakala Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketiga.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan